Sunday, April 7, 2013

Tindakan Najmuddin Satu Contoh Teladan Yang Baik




 
Image



PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Kapt. (B) Najmuddin Elias untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau sebagai satu keputusan yang perlu dihormati semua pihak.
Menurutnya, tindakan Najmuddin yang juga Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar itu juga satu contoh teladan yang baik kepada bagi seorang wakil rakyat.
"Apa yang diumumkan oleh beliau (Datuk Kapt. (B) Najmuddin Elias) satu contoh teladan yang baik bagi seorang wakil rakyat yang berkhidmat dengan baik tetapi bila sampai masanya beliau memberi ruang kepada orang lain.
"Ini tidak bermakna bahawa, kita akan terus mengenepikan Kapt. (B) Najmuddin kerana beliau ingin memberi sumbangan di dalam kapasiti yang lain.

"Saya pada dasarnya, bila beliau mengumumkan perkara itu, saya menghormati pendirian yang sebegini dan contoh teladan yang baik, seharusnya diikuti oleh yang lain bila merasakan bahawa mereka sudah tidak sewajarnya berada di kerusi berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Merentasi Sungai Perak Ke Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang, dekat Gerik, hari ini.
Dr. Zambry mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau yang Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar itu untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau pada PRU-13 akan datang.

Najmuddin mengumumkan hasrat itu bagi memberi laluan kepada muka baru yang terdiri daripada golongan muda bagi menggantikan beliau dan akan menumpukan tanggungjawab dalam hal ehwal Islam dan dakwah di Perak.
Pada pilihan raya tahun 2008, Najmuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan mendapat 7,023 undi selepas menewaskan calon PKR, Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.