Tuesday, April 2, 2013

Muhammad Ridhwan ditahan bawah sosmah!!!





Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Muhammad Ridhwan Sulaiman yang namanya diumumkan polis sebagai individu dicari untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas di Sabah semalam, ditahan semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.
Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang difahamkan selama tujuh hari.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika ditemui dalam satu majlis berasingan di Shah Alam hari ini mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
"Dia (Muhammad Ridhwan) ditahan reman bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kerana polis mempunyai masa selama 28 hari untuk menahan serta melakukan siasatan berhubung kes itu," katanya.
Terdahulu, Muhammad Ridhwan yang hadir di IPD tersebut pada pukul 11.05 pagi bersama kenalan dan peguamnya memberi keterangan hampir enam jam.
Beliau kemudian dilihat dibawa keluar dari IPD itu dengan menaiki sebuah dari enam kereta pegawai penyiasat pada pukul 5 petang dan difahamkan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Muhammad Ridhwan ketika ditemui sebelum memasuki IPD tersebut untuk menyerah diri berkata, beliau terpanggil memberi kerjasama kerana gambarnya dikeluarkan di media-media massa dan mahu membuat penjelasan tentang perkara sebenar tentang dakwaan terbabit.
Beliau yang sekali lagi menegaskan tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas, menafikan pernah memberi dana kepada Jamalul Kiram.
"Saya sendiri berdiri di belakang kerajaan dan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang tidak akan membiarkan bumi Malaysia ini seinci pun dijajah.
"Saya sendiri tidak mengenali Jamalul Kiram kerana dia berada di kepulauan Tawi-Tawi. Saya tidak pernah bertemu dengannya.
"Saya hanya mengenali Muedzul-Lail Kiram dan hanya memberi bantuan kewangan kepada dia sahaja," katanya.
Semalam Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu segera menyerah diri kerana amat dikehendaki pihak berkuasa.
Muhammad Ridhwan seterusnya mendakwa, Muedzul-Lail Kiram yang dikenalinya adalah pewaris sah Kesultanan Sulu kerana dia adalah anak kandung sultan terakhir di Sulu.
"Disebabkan banyak pulau di kepulauan Sulu, banyak kumpulan mengaku mereka adalah Sultan Sulu.
"Saya diberitahu oleh Muedzul- Lail Kiram mereka sendiri menolak pencerobohan di Sabah dan tidak boleh menuntut Sabah sebagai hak mereka. Dia juga tiada hasrat untuk melakukan tuntutan itu," jelasnya.
Tambah Muhammad Ridhwan, beliau mempunyai beberapa salinan slip pemberian dana kepada Muedzul-Lail Kiram yang diberi melalui bank tempatan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130402/je_02/Muhammad-Ridhwan-ditahan-bawah-SOSMA#ixzz2PJvQFEZ5 





Cuim Mulut Wei!!!!



Sekiranya sebelum ini aksi ‘panas’ antara pelakon genit, Nora Danish dan Rushdi Ramli mendapat kritikan hebat dikalangan peminat industri hiburan tempatan, terbaru adegan ‘ranjang’ yang melibatkan aktres cantik Diana Danielle dan Remy Ishak pula mendapat perhatian segelintir peminat filem.


Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi ‘mesra’ pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul “Sembunyi : Amukan Azazil,” di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam.


Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Gengster Perjudian Elektronik

Dalam dunia gengster judi adalah salah satu sumber untuk master mind yang mempunyai harta berlambak di bawah aliran elektronik.. segala gerak kerja untuk master mind ini wujud lah individu bergelar belacai ,balaci yang akan mengurus segala tempat status kawasan dimana ada peminat peminat mesin slot . Dan individu terpenting dalam mewujudkan tapak permainan mesin slot adalah PR' yang akan memastikan badan beruniform ini boleh dirasuah ,atau di sogok dengan perempuan asing atau memjamu selera di tempat berkelas tinggi atau di janji kan imbuhan sepurnama .

Dan hasil judi ini dibahagikan 60 -40 : master mind 60% 40% ke balacai , dan 20% dari 40% dari balacai di agih kepada balaci balaci yang beroprasi 24 jam berniaga kan aliran tunai . Gengsterizem berperanan menjaga setiap lokasi kedai kedai yang menyedia kan mesin slot untuk orang ramai, genster genster ini jugak menjadi mata mata pada pemain yang aysik bermain, dimana badan beruniform menjalankan oprasi pembersihan ,mereka ini akan memberi maklumat pada pemain mesin slot, agar senang menghilang kan diri dari di cekup.

Dan digeruni oleh ahli ahli gengster ini adalah Individu bergelar PR dimana mempunyai kuasa penuh yang di mandat kan oleh Master Mind

Dan kod dalam sistem berkomputer , MYR yang akan di beli dengan tunai oleh pemain mesin slot.