Sunday, April 7, 2013

Saya Kenal Sangat Anwar' - Dr Zambry

18

 "Saya kenal sangat (Anwar) dan itulah dia,’’ kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  sambil tersenyum ketika memberikan komennya berhubung keputusan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.

Walapun ringkas tetapi jawapan yang diberikan Dr Zambry ketika ditanya wartawan sudah cukup mengambarkan karektor Anwar yang gemar `bersandiwara’ apabila beliau mengatakan mahu meninggalkan Permatang Pauh dan bertanding di Perak sehingga berita itu dimainkan oleh media.
Dr Zambry diminta mengulas kenyataan Anwar selepas Program Hari Terbuka ATM di Pangkalan Lumut hari ini. Hadir sama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
 Anwar malam tadi menamatkan teka-tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini. 
Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat dikawasan itu.
Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.
"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini. 
"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.