Sunday, April 7, 2013
GEMPAK BEB Neelofa Pakai Gaun Bernilai Lebih RM20,000 di ABPBH 2012
Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Neelofa bakal menyarungkan gaun indah bernilai lebih RM20,000 yang telah direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.
Gaun yang menggabungkan sentuhan moden, edgy, romantik tetapi tetap anggun itu memiliki elemen Ledakan Geometri sebagaimana tema malam gilang-gemilang ABPBH 2012 yang akan diadakan pada 7 April ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Menariknya tentang gaun ini dengan kemunculan garisan rona neon yang menyerlahkan rekaan geometri pada gaun berkenaan dan simbahan renda Perancis yang menjadikannya lebih anggun lagi romantis.
Berkongsi serba sedikit tentang gaun meleret yang menggunakan tiga jenis fabrik iaitu sutera, renda dan lame itu, Neelofa berkata dia tidak sabar untuk menggayakan gaun malam berkenaan untuk acara permaidani merah, penyampaian anugerah dan persembahan istimewa di malam berkenaan.
"Apa yang istimewanya tentang gaun ini kerana ianya ringkas tetapi menepati tema acara serta kehendak saya.
"Saya dan pihak Syaiful Baharim telah pergi mencari sendiri 6 meter fabrik pada sebulan lalu untuk menyerlahkan penampilan saya dan baru sekarang saya dapat melihat hasilnya.
"Apa yang pasti, Syaiful Baharim telah berjaya meng-Wow- kan saya dengan rekaannya yang mengagumkan ini," katanya ketika ditemui portal murai.com.my pada sesi fitting di butik Syaiful Baharim, di Banfsar petang semalam.
Sementara itu, Syaiful Baharim menerusi jurucakapnya, Megat Alfie berkata, apa yang dilihat di sini adalah 80 peratus gaun yang telah disiapkan.
Bagaimanapun banyak lagi proses yang perlu disudahkan bagi merealisasikan gaun untuk calon 3 kategori ABPBH 2012 itu, seperti menyematkan ratusan batu Swarovsi di bahagian dada dan pinggan gaun berkenaan.
Tambah Megat Alfie, apa yang membuatkan gaun ini cukup mahal, bukan sahaja kerana paduan fabriknya, malahan juga kerana keaslian rekaannya yang telah mendapat sentuhan magik Syaiful Baharim sendiri.
"Selama dua minggu masa diambil untuk menyiapkan gaun Neelofa ini. Di mana ianya mengetengahkan konsep red carpet Hollywood iaitu less is more. Satu rekaan yang bersih tetapi mewah dari segi pemilihan fabrik, perincian dan hasil kerjanya.
"Cukup ringkas tetapi tetap anggun lebih-lebih lagi apabila digayakan Neelofa pada malam ABPBH 2012 nanti," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.