Sunday, January 12, 2014

Kerana facebook, curang dengan suami

Sudah tiga tahun saya berkahwin. Walaupun suami sentiasa sibuk dengan urusannya di pejabat namun kami bahagia sepanjang masa.


Disebabkan kurangnya masa bersama saya, ditambah pula masih belum dikurniakan zuriat, suami membelikan sebuah komputer riba jenama Toshiba dan telefon bimbit Samsung untuk saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Bila dihadiahkan dengan dua gajet tersebut, saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mana taknya, sebagai wanita kampung, saya tidak didedahkan dengan semua koleksi hebat sebegini.

Bila sudah mahir, saya kerap mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Aplikasi facebook, whatsapp dan macam-macam lagi sudah berjaya dikuasai. Ramai kenalan baru di facebook dan kami sering  berbual di alam maya hampir setiap hari.

Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang pemuda di facebook, namanya Farid. Kami berchating tanpa mengira masa dan paling best, kami bertukar gambar dan saya bagaikan terpukau dengan kekacakan Farid.

Setiap hari, setiap malam, kerja saya hanya berchating dengan dia. Timbul rasa suka dan cinta pada Farid. 

Suami mula perasan dengan perubahan diri ini. Bila ditanya, saya beritahu perkara sebenar. Suami terkejut dan dia terus ceraikan saya disebabkan keterlanjuran antara saya dengan Farid. Saya menyesal dengan apa yang terjadi. Ini semua gara-gara gajet yang diberi. Jika bukan gajet itu, saya masih bahagia dengan suami sampai sekarang.

suri rumah
Sinar