Google+ Followers

Wednesday, May 1, 2013

PRU13 : Terkini Bapa Saiful Mangsa Liwat Anwar Mengaku Di Tawar RM3 Juta!!






Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. 

Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim. 

Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim. 

Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. 

Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara. 

11 Orang Kuat PR Bakal Tumbang?!







Mungkin di kalangan sesetengah penyokong pembangkang, mereka agak teruja mendengar dan membaca pelbagai propaganda murahan PR yang mendabik dada bakal menang selesa dalam PRU-13 seterusnya menjadi Kerajaan Pusat pada keesokan harinya.

Hakikatnya, kebenaran amat pahit untuk ditelan apabila hasil tinjauan pendapat yang dilakukan sendiri oleh jentera PR menunjukkan gabungan tidak berdaftar itu bakal tewas teruk selain menyebabkan 11 orang pemimpin utamanya kalah di kawasan yang ditandingi.

Info ini didedahkan sendiri oleh sebuah blog pro PR, suarapakatanrakyat.com yang menyenaraikan semua 11 kerusi yang berisiko besar untuk kalah termasuklah 7 daripadanya merupakan kawasan yang dimenangi PR pada PRU 12 2008. Sumber asal maklumat ini datangnya dari pusat operasi PR di Tropicana.

11 kawasan yang dimaksudkan itu ialah Parlimen Putrajaya, Pulai, Pokok Sena, Shah Alam dan Pendang yang ditandingi pemimpin utama PAS, manakala bakinya ialah kawasan Parlimen ditandingi pemimpin utama PKR iaitu Kuantan, Lembah Pantai, Ampang, Padang Serai dan Bukit Katil. Satu lagi ialah Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP).

Maklumat yang didedahkan ini bagaimana pun tidaklah begitu mengejutkan kerana sebahagian besarnya memang diketahui umum sukar untuk dimenangi oleh PR apatah lagi di saat mood dan trend sokongan rakyat tika ini yang cenderung bersama BN.

Di mana-mana saja majlis atau program PR diadakan, kemeriahan sebenar sukar dirasai memandangkan rata-rata hadirin bukannya orang tempatan sebaliknya merupakan penyokong kerahan yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat semata-mata untuk menunjukkan PR masih berpengaruh.

Pendedahan oleh suarapakatanrakyat.com ini boleh dianggap satu pengisytiharan mengaku kalah. Itu secara umumnya.

Apa pun, ini bukan maksudnya BN sudah boleh goyang kaki kerana masih banyak yang perlu dilakukan samada untuk mengekalkan momentum sekarang atau pun bagi meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN sementara menantikan tiupan wisel penamat PRU-13 yang masih berbaki beberapa hari lagi. - Ziad Hasani

Tahukah Anda......?: Shahnon Ahmad: Kerjasama Pas – DAP Bercanggah Deng...

Tahukah Anda......?: Shahnon Ahmad: Kerjasama Pas – DAP Bercanggah Deng...: Tahukah Anda......?: Shahnon Ahmad: Kerjasama Pas – DAP Bercanggah Deng... : GEORGE TOWN – Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati ...

BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! DAP MEMBAYAR WANG R...

BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! DAP MEMBAYAR WANG R...: Sebelum ini telah didedahkan kewujudan kumpulan ‘cybertrooper’ DAP yang bergelar Red Bean Army dan difahamkan telah wujud sejak 2006-20...

Elya bising bising: Video!!Ustaz Kazim Bongkar Penyelewengan PAS?!

Elya bising bising: Video!!Ustaz Kazim Bongkar Penyelewengan PAS?!: Ustaz Kazim Elias menceritakan tentang pelbagai macam indoktrinasi PAS mengelabui para ahli dan penyokong parti itu sehingga tidak tah...

Lepas Nurul Izzah Fintah Dakwat Kekal SPR, Bukti Anwar Turut Buat Fitnah Tambahan Kepada SPR


Semalam MyMassa dedahkan bagaimana Tian Chua dah Nurul Izzah menfitnah SPR dalam isu dakwat kekal di sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/04/panas-ge13-hubungan-rahsia-nurul-izzah.html

Rakan MyMassa, blogger Oh Politik! sebentar tadi telah mendedahkan sebenarnya askar yang dirujuk oleh Tian Chua dan Nurul Izzah akan saman mereka berdua kerana menggunakan namanya untuk fitnah SPR.

EDISI DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL DAKWAAN IZZAH dan TIAN CHUA DIBONGKARKAN OLEH MANGSA SENDIRI!

Aku dapat jumpa mangsa interview secara langsung. Mangsa tampil selepas menyedari bahawa gambar yang diedar oleh Nurul Izzah dalam laman sosial itu adalah gambarnya.

Mangsa yang dimaksudkan adalah Mejar Aszmee Buang meluahkan rasa dukacita kepada aku dan rakan media turut mendedahkan rasa dipergunakan serta diambil kesempatan terhadap politik kotor oleh nurul izzah dan tian chua semalam. Mangsa juga menyatakan terasa dirinya telah mengkhianati kepada angkatan tentera yang lain.

Berkongsi cerita kisah apa yang berlaku, Mejar menceritakan kejadian berlaku di taman koperasi polis semasa menemani isterinya berjumpa kawan, beliau terserempak dengan nurul izzah yang menahan kereta mereka serta mohon bercakap dengan, nurul izzal juga mohon utk melihat jari dakwat kekal tersebut. Izzah juga didakwa cuba nak padamkan dengan 2 jenis bahan yang tidak diketahui jenisnya.

Baca seterusnya di sini dan sini .

Semalam juga dikesan Anwar Ibrahim telah melancarkan satu lagi fitnah kepada SPR mengenai peti undi.


Nah! Lihatlah bagaiamana anak beranak puaka ini berganding bahu untuk menyalahkan pihak SPR seterusnya cuba untuk wujudkan 'MALAYSIAN SPRING'.


Adakah anda mahu petualang seperti ini menjatuhkan Kerajaan secara tidak bermoral?


Jika anda tidak mahu, buatlah keputusan yang bijak. Tolak dalang huru hara.

Video!!!Doa Dari Gereja Israel Mahukan DAP ambil alih Malaysia!!





Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.

Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.

Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan pembangkang adalah sesuatu yang pasti.

Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.

Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.

Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.

Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.

Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong pembangkang.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap pembangkang, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.

Selanjutnya Klik Disini

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: GAMBAR TIAN CHUA BERUNDING DI MANILA DIDEDAHKAN!


Update Insiden Lahad Datu! Bukti terbaru dikeluarkan oleh Blogger dari Sabah, MrKinabaluBoy mengenai penglibatan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, MyMassa copy artikel tersebut untuk tatapan pembaca sekalian!

Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan



Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.

Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.

Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.

Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.

Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.

Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.

Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakala wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.

Banyak lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.

Dipetik dari Blog MrKinabaluBoy : http://mrkinabaluboy.blogspot.com/2013/04/gambar-tian-chua-berunding-dengan-kiram.html


Kekayaan Luar Biasa Anwar?!




Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.


Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.


Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.


Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.










Pelik!! Wanita Memang Suka Dirogol.?




















gambar sekadar hiasan...



Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol? Apakah yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita?

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.Ditambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur), Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut, Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya. Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya. Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya. Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel, seksi n seksa.Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya: 

Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. Dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi. Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional. 

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol. Setelah merogol dan melepaskan nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus. Jangan kerana anda, orang lain dapat dosa.




sumber.....

OHHH PATUT LAH DAH LAMA MENYEPI !!! RUPANYA KAK ABBY KITA DAH....




Agak menghairankan jugak. Kenapa sejak kebelakangan ni, Si Ostazah Pening kita tu diam je. Selalunya dia suka buat kontroversi tak tentu arah dilama twitter.

Tapi akhir - akhir ni, dah tak berapa pedas pulak komen - komen yang dia bagi. Dah tak macam dulu dah. Tak lantang menghina dan mencaci cerca orang.

Kita ingatkan kot la otak dia dah jem sebab banyak sangat memikirkan 'fatwa - fatwa songsang' untuk ditaburkan kepada pencacai Pakatan.

Tak pun, jari - jari dia menaip tu dah jadi bengkak sampai membuatkan dia tak mampu nak mempertikaikan itu dan ini. Rupanya, dia tengah bahagia sekarang ni.

Bahagia dengan siapa? Dengan suami orang la. Bukan dengan suami sendiri. Dulu, elok - elok ada suami, dia bantai buat tuduhan yang bukan - bukan.

Sekarang baru la sibuk - sibuk mengendeng kat suami orang tu dengan mempergunakan anak - anak sebagai alasan. Dah memang jadi tebiat puak - puak Haramjadah tu.

Pantang ada peluang sikit, habis semua diorang gunakan untuk kepentingan diri diorang. Tu pasal la diorang sanggup mempergunakan Islam demi kepentingan Politik mereka.

Bagi SH, sama ada Si Norman tu nak rujuk semula atau tidak, terpulang la. Lagi pun, dia pun dah kata, itu semua ketentuan Allah. 

Tapi, kalau SH sendiri dalam kedudukan Norman, sorry la nak terima Si Ostazah Pening tu. Maaf boleh, tapi nak rujuk semula jangan harap. Dulu dia yang menjatuhkan maruah suami depan orang ramai. Sekarang baru terhegeh - hegeh nak rujuk semula? Kirim salam la!!!
Melihat kemesraan mereka sejak akhir akhir ini keluar bersama dalam satu keluarga yang besar, memang terdetik di hati peminat untuk bertanya sama ada Norman Hakim akan mengahwini Abby Abadi semula.

Bercakap kepada Murai baru baru ini, Norman Hakim bersyukur hubungan beliau, Memey Suhaiza dan Abby Abadi kini berada dalam keadaan yang sangat baik demi kebahagiaan anak anak mereka.

“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya”

“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami. Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” jelas Norman Hakim.

Selain keluarga bersama untuk anak anak, Norman Hakim juga berkata yang beliau, isteri & Abby Abadi sering keluar bersama akhir akhir ini untuk membantu Abby Abadi memulakan perniagaan butik beliau.

Hubungan Rahsia Nurul Izzah, Tian Chua Punca Mereka Tuduh SPR Dakwat Kekal.

Umum mengetahui sejak berlaku insiden Lahad Datu, populariti Tian Chua semakin menurun. Dalam ceramah pilihan rayanya baru-baru ini, hanya ini banyak ini yang mampu dikumpulkan.

Sepatutnya reputasinya sebagai pemimpin tertinggi PKR, jumlah audien yang patut diterimanya bukan seperti ini.

Oleh kerana populariti makin menurun, maka Tian Chua memerlukan satu isu baru untuk menaikkan kembali namanya. Maka isu dakwat kekal menjadi sasaran Tian Chua. Dalam hal ini, Tian Chua memerlukan seorang lagi 'partner in crime' untuk menjayakan rancangan ini.

Sudah pasti Nurul Izzah menjadi pilihannya kerana menurut Raja Petra Kamaruddin, Izzah dan Tian Chua mungkin mempunyai hubungan rahsia yang istimewa.


D-day rancangan Tian Chua ini adalah pada hari ini iaitu masa pengundian awal dilakukan. Dengan izin Allah SWT, rancangan mereka gagal.


Kalau masih tak percaya, boleh tengok video ini.




*Sebar-sebarkan penipuan PKR untuk tuduh SPR. Yang mintak dakwat kekal ni pun puak-puak pembangkang tapi bila dilaksanakan, mereka menggunakannya untuk serang balik SPR. Licik sungguh puak-puak ni kan.