Sunday, April 7, 2013

isu video Nurul Izzah angkara kem Azmin?


 

 Dakwaan berhubung isu video yang kononnya melibatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dipercayai didalangi oleh kem penyokong Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Ketua Kaum India PKR Permatang Pauh, N. Ponnusamy berkata, isu itu ditimbulkan dipercayai bagi menghalang penguasaan Nurul Izzah dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam parti tersebut.

"Kita yakin isu video Nurul Izzah adalah angkara penyokong daripada kem Timbalan Presiden PKR.
"Ini adalah tindakan rakus penyokong kem Azmin yang mahu menghalang politik Wan Azizah dan Nurul Izzah di Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ponnusamy turut meminta Azmin berhenti menyerang Wan Azizah menerusi Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd. Fareez Kamal Intidzam yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak kenyataan biadab terhadap Presiden PKR.

Tambahnya, Azmin juga mesti mendesak Mohd. Fareez menarik balik surat yang telah dihantar kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Azmin jangan mengambil tindakan baling batu sembunyi tangan, Azmin perlu bersifat berani berhadapan dengan kami.
"Kita semua tahu Azmin pandai memilih Fareez Kamal untuk menyerang Wan Azizah sebab Fareez adalah anak didik Azmin," katanya.

Pada 9 Mac lalu, Mohd. Fareez Kamal membuat laporan polis kerana mendakwa dia dan keluarganya terancam kerana mengutuskan surat bertarikh 3 Mac kepada Abdul Hadi.
Dalam surat itu, beliau menyatakan hanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang layak memimpin parti dan bukannya Wan Azizah demi kecemerlangan pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.