Sunday, April 7, 2013

Rakyat Pasir Salak Tolak PKR ’Panglima Perang’ Sertai UMNO


 
Image




SERAMAI 64 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak bertindak keluar parti sebelum mengambil keputusan menyertai UMNO dalam satu majlis di Kampung Gajah, dekat Pasir Salak semalam.
Kumpulan berkenaan diketuai Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak yang juga Pengarah Pilihan Raya Parlimen Pasir Salak, Ahmad Taufiq Hassan.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pasir Salak mengalu-alukan kehadiran Ahmad Taufiq dan ahli PKR yang lain untuk kembali ke pangkuan UMNO.
Menurutnya, kumpulan berkenaan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menabur sumbangan kepada perjuangan memartabatkan bangsa Melayu di samping meningkatkan pembangunan di kawasan berkenaan.

"Golongan ini mempunyai perjuangan tinggi dan daya fikir yang tajam dan yang dapat digunakan untuk terus melaksanakan program-program kita demi kepentingan rakyat dan bangsa melalui wadah atau platform UMNO dan BN yang cukup luas.
"Dengan keluarnya Ahmad Taufik, bermakna PKR dan pembangkang di Pasir Salak lumpuh kerana kehilangan 'panglima perang'....

"Beliau merupakan seorang tokoh politik yang terkenal dan pakar strategi PKR di Pasir Salak kerana dia yang mengaturkan segala-galanya untuk PKR di sini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sirih Pulang Ke Ganggang Siri Kedua di Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA2) Kampung Gajah, semalam.
Terdahulu pada majlis tersebut, Tajuddin yang juga Pengerusi FELCRA Berhad bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin kemudiannya memakaikan kemeja T, jaket dan topi BN kepada bekas panglima perang PKR itu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.