Friday, April 19, 2013

Ahli CEC DAP tidak diiktiraf - ROS






   



KUALA LUMPUR 17 April - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember tahun lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.


Menurut sumber, perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.


Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.


Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.


"Pertikaian wujud kerana terdapat aduan daripada ahli DAP tentang notis yang tidak diserahkan kepada Setiausaha Cawangan dalam tempoh 10 minggu sebelum Kongres Kebangsaan parti itu diadakan.


"Kegagalan itu mengakibatkan 753 wakil dinafikan hak untuk hadir ke kongres itu. Selain itu, jawatankuasa itu juga tidak dibentuk secara betul kerana seorang daripada mereka, Vincent Wu Him Ven bukan ahli CEC," katanya.


Isu pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.


Jelas sumber itu lagi, keterangan-keterangan yang diberikan kepada ROS nanti perlu memuaskan hati dan jika tidak, mereka boleh membatalkan pendaftaran DAP di bawah seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966.


"Notis yang dihantar ini, memperuntukkan bahawa dalam masa satu bulan dari tarikh notis ini disampaikan, DAP perlu mengemukakan kepada ROS mengenai senarai ahli CEC yang sah atau langkah-langkah perbicaraan yang diambil untuk menyelesaikan pertikaian itu.


"DAP juga perlu beri keterangan mengenai pemberian notis kepada setiausaha, semua wakil dan cawangan yang berhak menghantar wakil ke jawatankuasa berkenaan atau sekiranya tidak dipatuhi dalam Fasal VIII Perkara 6 dan 9 di bawah Perlembagaan DAP, maka langkah yang diambil untuk mematuhi peruntukan itu bagi pemilihan semula CEC atau langkah-langkah perbicaraan yang diambil untuk menyelesaikan pertikaian itu," jelas sumber itu.


Sah maklumat diterima tepat





Antara aksi dalam klip video skandal seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tersebar di internet baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 18 April - Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan seorang lelaki Thailand mirip wajahnya untuk menjadi saksi dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di sebuah madrasah di Permatang Pauh malam esok mengesahkan segala desas-desus mengenainya sebelum ini adalah benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, berdasarkan perkembangan terkini itu, apa yang pasti maklumat yang diterima oleh pihak tertentu sebelum ini adalah tepat dan bukannya dibuat secara melulu.

Ujar beliau, semuanya itu berkaitan dengan usaha Anwar untuk melakukan apa sahaja asalkan video seks tersebut tidak lagi dikaitkan dengannya.

‘‘Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, SD Johari dalam satu kenyataan akhbar telah mendesak Anwar mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur sama dengan Anwar gagal.

Lelaki berkenaan difahamkan akan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam pada awal pagi esok.

Pada 3 April lalu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari ‘pelanduk dua serupa’ di Thailand bagi menyelamatkan Anwar daripada isu moral yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan antara lain menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.

Kata Awang, jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak lama dulu.

Difahamkan Anwar akan menampilkan lelaki Thailand itu buat pertama kali di Madrasah An-Nadhoh, Kampung Petani, Permatang Pauh pada pukul 7.30 malam.

Dalam perkembangan sama SD Johari berkata, sekiranya rancangan Anwar itu mengikut jadual, beliau yakin Ketua Pembangkang tersebut akan mengusung lelaki berkenaan di pentas ceramah di seluruh negara.

‘‘Jika benar lelaki ini wujud saya minta Anwar bawa lelaki ini ke mahkamah. Kemudian panggil Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan tanya pada beliau sama ada kenal atau tidak lelaki ini.

‘‘Jangan berani di pentas ceramah sahaja. Bawa lelaki ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan kebenaran," katanya




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130419/po_05/Sah-maklumat-diterima-tepat#ixzz2QtxXP4Br
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pas bohong tidak bertempat




Mohamad Hasan beramah mesra dengan sekumpulan murid selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sungai Salak di Taman Seremban Jaya, Seremban, semalam. - utusan/Abd. Razak Aid
SEREMBAN 17 April - Pembohongan dan fitnah pembangkang dalam isu penerokaan hutan simpan di Rembau terbongkar apabila lokasi yang ditunjukkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini sebenarnya tiada penerokaan haram.
Malah Pesuruhjaya Pas, Mohamad Taufek Abd. Ghani bersama ahli parti yang lain berkumpul di Hutan Simpan Kekal Miku di Rembau tidak dapat membezakan antara hutan tersebut dengan Hutan Simpan Johol kerana terlalu ghairah untuk melaungkan 'kebencian' terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Lebih melihatkan Pas tiada ilmu dalam bidang perhutanan ini, apabila istilah 'Hutan Simpan Kekal Miku' itu sebenarnya tidak wujud dalam pemetaan hutan mengikut frasa kata yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan negeri.
Justeru Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini berkata, tiada aktiviti penerokaan hutan haram di satu kawasan hutan di Jalan Miku dekat Rembau itu.
''Kawasan yang dimaksudkan oleh pembangkang itu ialah satu pembangunan yang berlaku di Hutan Simpan Johol dalam kawasan Kuala Pilah dan telah mengikut lunas undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sungai Salak di Taman Seremban Jaya, di sini hari ini.
Katanya, pada Julai 2012, pihak berkuasa negeri telah meluluskan satu projek bagi tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat Arang Asli di sekitar Kg. Charik dan Kg. Bari menerusi Projek Ladang Hutan Getah 'Timber Latex Clone'.
''Malah projek ini sejajar dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-68 yang membenarkan lima peratus daripada keluasan kawasan hutan pengeluaran di dalam hutan simpanan kekal dibangunkan menerusi projek ladang hutan," katanya.
Jelas Mohamad, ini bermakna kawasan seluas 3,000 hektar hutan pengeluaran di negeri ini boleh dibangunkan dengan projek berkenaan.
''Kawasan sekitar bahagian 12, 13, 14 dan 15 Hutan Simpan Johol telah dipilih untuk pembangunan projek tersebut kerana sebahagian besarnya telah ditanam pokok getah secara 'ad hoc' oleh masyarakat Orang Asli.
''Kawasan itu meliputi keluasan 420 hektar dan dijalankan secara sah mengikut undang-undang di mana lesen pembalakan telah dikeluarkan kepada kontraktor dan permit penggunaan juga telah diluluskan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan.
''Malah projek ini juga mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA)," tegasnya.
Sementara itu, Pengarah Perhutanan negeri, Ahmad Fadzil Abdul Majid ketika dihubungi memberitahu, istilah 'Hutan Simpan Kekal Miku' tidak wujud di negeri ini, malah tidak pernah diwartakan dalam pemetaan hutan negeri ini.
''Kawasan tersebut diwartakan di bawah nama Hutan Simpan Johol dan mereka dapat nama itu sebab kawasan itu melalui Jalan Miku di Rembau," katanya.
Jelasnya lagi, dakwaan pihak terbabit adalah tidak benar sama sekali dan renjer perhutanan telah ke lokasi tersebut bagi menyiasat perkara berkenaan.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130418/po_07/Pas-bohong-tidak-bertempat#ixzz2Qu3BhRS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ANWAR BERJANJI BERSARA







INSAN MUNAFIK

Penipuan keempat. Penipuan bekas pemimpin kedua UMNO. Penipuan ini berlaku ke atas diri saya sendiri mulai tahun 1961 apabila saya di tingkatan Lima Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Pada tahun itulah saya diperkenalkan dengan seorang pelajar tingkatan bawah untuk menyelamatkan beliau dan murid-murid yang lebih tua yang agak rakus dan kurang bermoral.

Saya selaku Setiausaha Badan Agama, yang saya tukar namanya kepada Badan Revolusi Agama, telah diminta oleh guru agama kami, Allahyarham Ustaz Ghazali, untuk menjaganya.

Saya serahkan kepimpinan Badan Revolusi Ugama (BRU) kepada seorang rakan lain, Ungku Hashim (adik bekas ahli Parlimen Ungku Mohsein) dengan nasihat untuk menyerahkankepimpinan BRU kepada Anwar apabila beliau sudah lebih dewasa.

Kemudiannya saya, selaku Eksekutif Bank, membantu kegiatan beliau di Universiti selaku penasihat kewangan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Membantu dari segi kewangan untuk menjayakan sekolah dan percetakan milik beliau dan Daud Seman. Melibatkannya dalam membangun koperasi.

IKHLAS MEMBANTU
Kemudian dengan bantuan pertumbuhan belia yang saya pimpin dan kawan-kawan yang lain, beliau dinaikkan tahap dalam pertubuhan belia nasional.
Saya dan kawan-kawan saya dalam pertumbuhan belia dan pergerakan Pemuda UMNO, turut membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda.
Menegur, menasihati dan mengkritik beliau apabila terkesan penyelewengan.


Beliau tidak suka ditegur.Beliau menjadi tamak dan lalai kerana kekayaan.
Beliau menjadi sombong kerana berpengaruh. Beliau menjadi bernafsu, rakus dan kejam kerana berkuasa. Beliau mengelak kawan-kawan yang berani menegurnya seperti Sdr. Ibrahim Ali dari Pasir Mas dan Ustaz Osman Bakar dari Kampong Gajah.


Beliau lupa kepada yang berbudi padanya. Beliau khianati agama yang menjadi pakaiannya. Beliau mendurhakai bangsa yang mengangkatnya.
Wajah, gaya dan kekayaan menjadi modal untuk melayan nafsunya.


Calon DUN dan Parlimen PAS Negeri Perak



PAS Perak mengumumkan kesemua nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu bagi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi parlimen.


Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain pada program di hadapan pejabat PKR Perak.



Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak.



Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)



DUN N05 SELAMAUst. Mohd Akmal bin KamaruddinKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS (Guru)




DUN N06 KUBU GAJAHMohd Nazri bin DinPengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan LarutAhli Perniagaan




DUN N08 TITI SERONG
Ust. Abu Bakar bin HussainPesuruhjaya PAS PerakPesara Guru




DUN N11 GUNUNG SEMANGGOLUst. Mohd. Zawawi bin Abu HassanKetua Dewan Pemuda PAS PerakGuru




DUN N12 SELINSINGHaji Husin bin DinTimb. YDP PAS Kawasan Bagan SeraiAdun Selinsing




DUN N14 CHANGKAT JERINGDato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin JamaluddinAJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan KamparAdun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang




DUN N15 TRONGUst. Norazli bin MusaKetua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh BaratAktivis Parti Sepenuh Masa




DUN N16 KAMUNTINGUst. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul AzizYDP PAS Kawasan TaipingAhli Perniagaan




DUN N19 CHENDEROHDr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad RadziNaib YDP PAS Kawasan Padang RengasDoktor Homeopathy




DUN N20 LUBUK MERBAU
Haji Mohd Zainudin bin Mohd YusofAJK Badan Perhubungan PAS PerakAdun Lubuk Merbau




DUN N21 LINTANGMej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin OthmanSetiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)Jurutera Perunding




DUN N23 MANJOIHaji Asmuni bin AwiPengarah Pilihanraya PAS PerakPeguam




DUN N35 MANONGHaji Jamil Bin Haji DzulkarnainAJK PAS Kawasan Kuala KangsarPesara Bank




DUN N36 PENGKALAN BHARU
Dr. Khairuddin bin Abdul MalikYDP PAS Kawasan TambunDoktor Perubatan


DUN N38 BELANJA
Dr. Najihatussalehah binti Haji AhmadKetua Dewan Muslimat PAS Negeri PerakDoktor Perubatan




DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin ZainonTimb. YDP PAS Kawasan GopengAhli Perniagaan




DUN N47 AIR KUNING
Dr. Ahmad Razi bin OthmanAJK PAS Kawasan TapahDoktor Perubatan




DUN N49 KAMPUNG GAJAH
Ishak bin SaariAJK PAS Kawasan Pasir SalakUsahawan




DUN N51 PASIR PANJANGPuan Rohawati binti AbidinKetua Dewan Muslimat PAS Kawasan LumutAhli Perniagaan




DUN N53 RUNGKUP
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj MasdukiTimb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan DatohAktivis Parti Sepenuh Masa




DUN N56 CHANGKAT JONGHaji Mohd Anuar bin SudinBendahari PAS Kawasan Teluk IntanADUN Changkat Jong




DUN N58 SLIMHaji Aminuddin bin ZulkipliYDP PAS Kawasan Tanjung MalimPeguam





Bagi kawasan Parlimen




PARLIMEN P54 GERIK
Norhayati binti KassimKetua DMP Kawasan GerikAhli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin ZakariaTimb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS LenggongAhli Perniagaan




PARLIMEN P56 LARUT
Dato' Fauzi bin ShaariBekas Pengarah JSJ PDRM




PARLIMEN P57 PARIT BUNTARDr. Mujahid bin YusofAJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau PinangAhli Parlimen Parit Buntar




PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG
Ust. Idris bin Haji AhmadAJK PAS PusatAhli Politik & Guru Agama




PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR
Drs. Khalil Idham Lim bin AbdullahAJK Badan Perhubungan PAS PerakAdun Titi Serong




PARLIMEN P69 PARIT
Ust. Muhammad Ismi bin Mat TaibYDP PAS Kawasan ParitAhli Perniagaan


AZLI SHUKRI TODAY: DAP 2013 : "Ya Memang Ini yang Kami Mahukan"

AZLI SHUKRI TODAY: DAP 2013 : "Ya Memang Ini yang Kami Mahukan": Akhirnya DAP berjaya : 1. Memecahbelahkan pengundi Melayu-Islam 2. Diimejkan sebagai mangsa politik BN 3. Merosakkan nama PAS sec...

Panas! Video Terlampau Teresa Kok Pula Tersebar





Panas! Video Terlampau Teresa Kok Pula Tersebar?!





Hindraf Memperakui BN







KUALA LUMPUR - Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf hari ini menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti.


Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman

(MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.


Mou digelar 'Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India' ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

dan aythamoorthy.


Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan

peluang pendidikan dan perniagaan.


Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam

hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.


Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat.


Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.


"Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti




'Arab Spring' menjadi 'Arab Winter'," katanya.


Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.




Najib berkata, masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak

mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.


"Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan

ini termasuk penduduk kaum India.


"Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.


Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan

dilaksanakan. - Bernama

<

Mustafa Ali diminta bela diri, jangan berdolak-dalik


Ada Bran Ka Report Polis.......







KUALA LUMPUR 18 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu bersikap jujur dan ikhlas berhubung penyebaran video lucah yang mengaitkan beliau dengan melakukan sumpah.


Menurut Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (Kadir), Datuk Azhar Ahmad, berdolak-dalik hanya akan memburukkan keadaan kerana dilihat tidak mampu membersihkan nama pemimpin itu dan maruah Islam.


''Dalam perkara ini hanya dua orang sahaja yang tahu, tuan badan dan Allah, dia (Mustafa) kena gentlemen jika bersalah, mohon maaf cepat.


''Nak bersumpah kena ikhlas mengikut cara Islam, kalau boleh, bersaksikan ulama-ulama pondok yang berkecuali,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mustafa sehingga kini masih lagi mengambil pendekatan berdiam diri dan hanya menyalahkan pihak lain berhubung isu video seks yang pelakunya dikatakan mirip pemimpin Pas tersebut.


Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ann Wan Seng mahu wujud ketegasan dari pihak Mustafa bagi merungkai segala keraguan yang timbul.


Jelasnya, Mustafa harus berpegang kepada prinsip Islam atau menggunakan saluran rasmi dengan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa bagi mencari penyelesaian.


''Serahkan kepada pihak polis atau bersumpah untuk jaga nama baik dia, dia orang besar dalam sebuah parti yang berteraskan agama, dia kena bertegas,'' katanya.















Maaf @PapaGomo . Bukan Kami Bangkang, Tapi Demi Kemenangan BN #GE13. #TolakAnwar.




Kalau blogger papagomo mengalah bukan beerti dia kalah. Aku memuji tindakan pengendali blog papagomo.com yang mahu menentang Anwar Ibrahim secara berdepan atas pentas PRU13 di Permatang Pauh.


Namun, ada juga aku rasa tidak perlu untuk papagomo menjadi calon PRU13 dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di Parlimen tersebut.

Aku tidak menghalang papagomo untuk melawan Anwar Ibrahim. Namun aku bimbang jika kita silap strategi, calon BN di Permatang Pauh kalah kepada Anwar Ibrahim.

Sebaiknya, dimana-mana tempat kita elakan berlaku pertandingan 3 penjuru termasuklah Parlimen Permatang Pauh. Kita tidak mahu undi dari kalangan rakyat yang benci pembangkang akan berpecah kepada dua.

Dr Mazlan
Aku harap papagomo baca blog aku hari ini. Bukan aku memaksa beliau, mengajar beliau pun tidak sama sekali. Aku meletak harapan yang tinggi agar papagomo turut membantu Dr. Mazlan calon BN Permatang Pauh.

Kalaupun papagomo tidak menjadi calon PRU13 Parlimen Permatang Pauh, kita tetap berharap yang papagomo akan terus menelanjangkan Anwar Ibrahim melalui blog beliau.


Menewaskan Anwar Ibrahim tidak semestinya papagomo menjadi calon, tetapi kita tahu melalui blog papagomo, Anwar Ibrahim sudah gelumpur macam cacing kepanasan.

AZLI SHUKRI TODAY: Akhirnya..HarakahDaily Kena Saman

AZLI SHUKRI TODAY: Akhirnya..HarakahDaily Kena Saman: Akibat daripada kemaruk untuk mempertahankan Mustafa Ali dan melanyak UMNO secukup rasa - akhirnya HarakahDaily terima padah.   Kua...

Aktivis Kepayang Jr.: WAJIB BACA!! KISAH MAT SABU DAN MAHFUZ DICERITAKAN...

Aktivis Kepayang Jr.: WAJIB BACA!! KISAH MAT SABU DAN MAHFUZ DICERITAKAN...: WAJIB BACA!! KISAH MAT SABU DAN MAHFUZ DICERITAKAN... Memang perangai puak-puak PAS ni, terutama sekali pecacainya jenis yang maka...

同一个天空下: 苏巴马廉不怕蔡锐明, 昔加末九年与民同在.......

同一个天空下: 苏巴马廉不怕蔡锐明, 昔加末九年与民同在.......: 2013年 04月 18日   作者:  来源:  华维基 在昔加末国会议席寻求守土的国大党署理主席拿督斯里苏巴马廉医生说,他过去9年在选区的表现获得改善,在200人当中,可能只有1人不认识他。 他指出,昔加末虽然以华裔人口为大多数,但他与当地社会交流时,并没有出现任...

Tahukah Anda......?: SALAHKAN BN, DAP TERPAKSA TANDING ATAS TIKET PAS D...

Tahukah Anda......?: SALAHKAN BN, DAP TERPAKSA TANDING ATAS TIKET PAS D...: Sumber | BUAT BAIK BERPADA PADA: TEGAS DAN BERANI AKAN DIHORMATI . Komen : Kesilapan diri sendiri yang terang terangan ...

Daeng Selili Politik Perak: Facebook Pembangkang Kantoi Gambar Edit

Daeng Selili Politik Perak: Facebook Pembangkang Kantoi Gambar Edit: Kononnya di Majlis Pelancaran K, Kekal Kelantan Ubah Putrajay dan Konvoi Anak Muda Di Kota Baharu!!Satu penipuan untuk menyedapkan hati...

Usia Bukan Halangan...








Tengku Razaleigh Hamzah


GUA MUSANG - Tengku Razaleigh Hamzah yakin dapat mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Gua Musang berikutan rakyat masih menyokongnya serta kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri mahu saya terus kekal menjadi calon di Parlimen Gua Musang, dengan harapan saya menggunakan pengaruh saya bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Star di sini hari ini.

Tengku Razaleigh, 76, yang juga Pengerusi BN Gua Musang berkata pada mulanya beliau merasa mahu menarik diri daripada menjadi calon kerana menganggap usianya sudah tua dan hanya beliau seorang sahaja pemimpin veteran Umno yang bertanding.

Bagaimanapun disebabkan permintaan Perdana Menteri, beliau akan terus memikul tanggungjawab dengan harapan rakyat di Gua Musang terus memberi sokongan kuat kepadanya, katanya.

"Bukan saya sahaja, tetapi juga untuk tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Paloh dan Galas.

"Mereka (rakyat) sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat," katanya.

PAKATAN KETANDUSAN PEMIMPIN..HAPRAK

Dayangku Intan

PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya.

HANGAT..4 Lagi Ahli DAP Keluar Parti...



PRU-13-Empat-bekas-anggota-DAP-umum-bertanding-sebagai-calon-bebas/


Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Fernandez berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa semalam," katanya pada sidang media di sini hari ini. Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).

Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat. Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya memiliki Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson. Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan untuk PRU13 hari ini.


sumber.....

Manifesto Bukan Dijanji Pakatan



 Pakatan pembangkang di Selangor malam ini melancarkan manifesto untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan janji-janji baharu termasuk bantuan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.

Manifesto itu juga berjanji meneruskan program Skim Mesra Usia Emas serta memberi hadiah harijadi berupa wang tunai RM100 kepada mereka yang berusia genap 60 tahun.

Manifesto itu turut menjanjikan pengwujudan Biasiswa Menteri Besar untuk pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Janji-Janji ini terkandung dalam manifesto PRU13 bertema ''Manifesto Pakatan Rakyat Selangor Meneruskan Kecemerlangan'' yang dilancar di Dataran Kemerdekaan di sini.

Manifesto pakatan pembangkang Selangor kali ini mengandungi empat teras iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat, Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan serta Kerajaan Rakyat.

Antara lain, mereka berjanji mempertingkat kecekapan memproses urusan pemilikan tanah serta meneruskan tawaran bagi pemilikan geran tanah persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang menghuni lebih 12 tahun.

Ia juga berjanji mengusaha dan memperluas ''Polis Komuniti'' yang dibiayai kerajaan negeri, memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki.



sumber akbar tempatan

70 Ahli PKR Lompat Parti...?

 



Penyokong PKR Balik Pulau Protes Kerana Tidak Berpuas Hati Tentang Calon.

Tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon bukan orang tempatan di Balik Pulau untuk menggantikan penyandang Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff terus mendapat tentangan dari pengundi-pengun di Balik Pulau sendiri. Terbaru, kira-kira 70 orang penduduk Balik Pulau mengadakan protes secara terbuka terhadap pimpinan tertinggi PKR yang dikatakan membelakangkan kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan parlimen tersebut.

Tindakan Anwar tidak mengendahkan ketidakpuasan hati penduduk Balik Pulau juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada pengundi-pengun di yang merasakan Anwar Ibrahim hanya mementingkan diri sendiri dan rakan-rakan rapat beliau semata-mata. Anwar dalam ceramahnya minggu lepas mengumumkan calon bidan terjun yang tidak dikenali di Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR bagi parlimen tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, sudah terdengar beberapa spekulasi Yusmadi tidak akan dicalonkan di Parlimen Balik Pulau. Malah Yusmadi sendiri, sudah memberikan peringatan kepada kepimpinan tertinggi PKR bahawasanya penduduk tempatan hanya mahukan anak tempatan menjadi wakil rakyat di sana.

Jadi, pengumuman itu membenarkan spekulasi mengenai calon Balik Pulau yang terbang beberapa bulan lepas.

Jelas di sini, tidak ada tempat di dalam PKR untuk mereka yang mempunyai gaya kepimpinan yang bersih dan tidak banyak masalah seperti Yusmadi. Gaya kepimpinan yang bersih, pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun masalah juga. Yusmadi ni jarang balik kawasan. Almaklumlah, takde lesen kereta.

Itu pasallah semua rungutan dan permohonan daripada penduduk tidak dipedulikan oleh beliau. Tapi orang macam ni pun masih ade yang nak protes menyokong. Parti PKR ni memang parti kelakarlah. Dari akar umbi sampi ke ketua umum, semuanya tak boleh pakai.

Tapi ada juga desas-desus penyingkiran Yusmadi ini disebabkan desakan daripada DAP Penang. Tapi itu setakat cerita kedai kopi laa.

Berita yang lebih meyakinkan, Anwar mencalonkan Bakhtiar kerana beliau seorang tokoh korporat yang mampu memberikan sumbangan kewangan kepada parti dan menolak calon pokai si Yusmadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Bakhtiar yang juga seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: "Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang."

Kekayaan Bakhtiar telah membuatkan Anwar senyum lebar kerana calon bebal ini mempunyai duit sendiri tanpa perlu bergantung kepada duit poket Anwar.

Apa dah jadi dengan PKR ni, hari-hari gaduh. Kalau bukan gaduh dengan Pas, gaduh dengan Dap, kalau bukan dengan parti lain, mereka gaduh sesama sendiri. PKR ni memang parti untuk protes saja ka? Hari-hari mesti gaduh pasal calon.. -
https://m.facebook.com/profile.php?id=308257822520227&refid=7&ref=stream&_ft_=qid.5867540719508995298%3Amf_story_key.5100397640401874173

PAKATAN PECAH 3 PENJURU?....









Bagaimana jika belum memerintah pun dah berbalah macam anjing?

Semakin hampir PRU13, PR semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.


Tahukah Anda......?: DS Zambry: Berfikir Diluar Kotak

Tahukah Anda......?: DS Zambry: Berfikir Diluar Kotak: Barisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi...

Anak Jati Malaya: PANAS TERIK !!! Kumpulan Bloggers PCT desak Papa G...

Anak Jati Malaya: PANAS TERIK !!! Kumpulan Bloggers PCT desak Papa G...: Hari Ini Anak Jati Bersama Perak Cyber Troopers ingin mendesak agar supaya Bloggers Papa Gomo supaya tidak bertanding menentang Anwar Di P...