Friday, May 17, 2013

Perakus dan Penyamun UMNO Sudah Mula Berkempen


Ada yang dah rasa penat dan letih. Diwaktu blogger bersengkang mata mempertahankan kubu BN yang diserang pada Pru yang baru lalu, kebanyakan pemimpin parti umno pelbagai peringkat begitu sibuk mengugut PM dan melobi untuk menjadi calon wakil rakyat. Diberitakan ada yang sampai berjumpa dengan DS Rosmah sehinggakan terpalit nama buruk kepada DS Najib sehinggakan blogger pro pr menjadikan ia sebagai isu dimana tuduhan dilemparkan mengatakan DS Najib takut bini.


Sebaik sahaja BN berjaya mengekalkan kemenangan dan mendirikan kerajaan sekali lagi terdapat unsur unsur lobi dan ugutan dimana wakil rakyat yang menang diperingkat DUN mahu pula dilantik sebagai exco. Manakala diperingkat parlimen pula angan angan tinggi sudah dipasang untuk menjadi Pak menteri.


Inilah sikap dan kualiti yang tak habis habis dan maaih terdapat dalam BN. Tak cukup dengan itu, kini kepanasan kempen bagi merebut jawatan didalam parti umno sudah mula terasa. Bagi wakil rakyat yang kalah atau yang tak tersenarai dalam pru pastinya peluang kedua untuk duduk sebaris dengan pimpinan tinggi bagi memastikan perut tetap kenyang dan buncit pastinya mahu bertanding merebut jawatan tertinggi parti.


Jawatan sebagai ketua bahagian, wanita, pemuda dan putri bahagian dilihat mampu mengintai peluang dan ruang bagi menjana ekonomi. Nampaknya sokongan dan perjuangan ahli dan blogger yang tak berbayar selama hari ini adalah sia sia kerana pimpinan umno di setiap peringkat masih tidak berubah perangai dan kerakusan nafsu mereka masih tidak berkurangan walaupun umno masih lemah.


Kekayaan dan kemewahan pemimpin umno akan terserlah semasa pemilihan umno di setiap peringkat nanti. Semasa pilihanraya kita selalu dengar mengenai masalah wang tidak sampai ke bawah atau upah macai macai seperti kerja pasang bendera yang tidak dibayar. Malah wang sumbangan untuk pengundi luar juga dicatu. Sehinggakan catuan itu membuatkan ramai yang marah pada umno dan beralih arah semasa mengundi. Tapi yang menghairankan apabila tiba musim pemilihan umno, kewangan dilihat sebagai bukan satu masalah. Wang dilihat berterbangan didalam bahagian bahagian umno. Ketua ketua cawangan pula ada yang sampai mampu untuk bercuti ke luar negeri apabila tiba musim pemilihan agung umno.

Ketua ketua bahagian yang tidak berkualiti dan hampas juga masih mahu mengekalkan jawatan walaupun umum mengetahui bahawa salah satu punca kejatuhan umno adalah berpunca daripada mereka juga kerana langsung tidak mengendahkan kebajikan ahli ahli.

Membeli undi didalam umno adalah satu perkara wajib. Malah peringkat tertinggi sekalipun mengamalkan belian undi. Ahli umno sudah teruja dan menganggap wang adalah kriteria penting bagi mana mana calon yang berminat untuk bertanding.


Tapi yang pastinya kali ini keadaan akan menjadi berbeza kerana blogger blogger pro umno yang ikhlas berjuang, takkan membiarkan sahaja perakus perakus dan penyamun penyamun ini bermaharajalela membeli jawatan. 


Nantikan pendedahan demi pendedahan ini di musim pemilihan umno nanti...


Sumber..budakbenteng blogsport.com



Bukti Amalan Kronisme Anwar Ibrahim Punca PKR Tewas. SPR Hanya Kambing Hitam....




Anwar Ibrahim kini melanyak SPR kerana kekalahannya dalam PRU yang lalu. Benarkah SPR yang salah atau Anwar sendiri menjadi punca partinya tewas. Jom tengok bukti ini.

Anwar salah pilih calon


Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim dan Hulu Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon

 

PETALING JAYA: Sekumpulan anggota PKR mendakwa ketidakcekapaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas. 


Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon. 


“Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya. 


“Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya. 


Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen. 


Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen Pasir Salak dan dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak). 


‘Tewas majoriti besar’ 


“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.” 


“Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ehsan Anwar atau Wan Azizah.” 


“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas di parlimen Hulu Selangor,” katanya. 


Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon. 


Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.

Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat. 


Sepatutnya DUN bukan parlimen 


Dr Muhd Nor yang merupakan pengerusi PKR Negeri Perak adalah ketua cabang PKR Larut sepatutnya bertanding di peringkat DUN bukannya di kerusi parlimen bagi menguatkan dan menyokong calon-calon negeri yang bertanding. 


Tetapi, disebabkan keghairahan untuk ke Putrajaya, maka Dr Muhd Nor menjadi mangsa , tewas dalam percaturan Anwar. 


Meletakkan Ibrahim Yaakob di kerusi Setiawangsa bagi kali kedua juga percaturan yang disilap oleh Anwar. 


Ibrahim yang dianggap sebagai ‘chief of staff ‘ di kalangan ‘inner circle’ parti merupakan orang kanan Anwar dalam menetapkan jadual temujanji dan ceramah dan bertugas sepenuh masa di pejabat Anwar. 


Beliau tidak diihat sebagai nama besar parti di Setiawangsa yang merupakan kawasan masyarakat kelas pertengahan di tengah -tengah kotaraya Kuala Lumpur. 


Anwar juga harus disalahkan apabila meletakkan Datin Paduka Tan Yee Kew (dianggap seorang berstatus nenek) bertanding di kerusi parlimen Tanjong Malim, Perak. 


Berkempen seorang diri 


Tan datang ke Tanjong Malim sehari sebelum hari penamaan calon mengakibatkan beliau berkempen berseorangan semasa dua minggu tempoh berkempen. 


Masyarakat Cina setempat mengadakan demonstrasi apabila pimpinan pusat mengenepikan calon pemudi AMK Chua Yee Ling yang telah bekerja di sana lebih tiga tahun sebelum ini. 


Chua kemudiannya dipindahkan ke DUN Kuala Sepetang (dalam parlimen Bukit Gantang) dan telah menang. 


Dalam satu kes lain pula, Anwar juga telah memberikan satu kerusi DUN secara mudah kepada seorang calon di DUN Paya Rumput , Melaka bukan atas rekod kerja calon tersebut, sebaliknya kerana calon tersebut ‘Cikgu Taha’ sering membacakan doa setiap kali diadakan majlis tahlil malam Jumaat di kediaman Anwar di Segambut. 


“Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti di Melaka.” 


“Kami (ahli PKR) menyokong penuh Anwar dalam isu menolak dan membantah keputusan PRU yang diumumkan atas alasan berlakunya pelbagai penipuan semasa PRU ini. 


“Tetapi, dalam masa yang sama Anwar juga harus muhasabah diri apabila beliau menafikan ‘hak’ pemimpin setempat yang telah bekerja keras beberapa tahun di sesebuah kawasan tetapi di saat-saat akhir tempat tersebut diberikan secara percuma kepada calon-calon yang rapat dengan beliau.



*Sebelum PRU, MyMassa keluarkan video ini untuk tunjukkan amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR. MyMassa harap artikel ini disebar luaskan bagi menyedarkan penyokong totok pembangkang bahawa yang salah adalah Anwar, bukan SPR. Terimalah kekalahan ini kerana Anwar lebih mementingkan kroninya dari rakyat.


  

Kinta Menjerit : Foto Nenen Lana Nordin Yang Menghairahkan

Kinta Menjerit : Foto Nenen Lana Nordin Yang Menghairahkan: ...ini bisa mengegarkan imanku....waduhhhh!!!! Artis seksi yang tidak asing lagi Lana Nordin pernah membalas kritikan pedas dari salah seora...

Nasharudin ulang Umno-Pas perlu bersatu



 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR -  Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.
  
Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.
  
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.

"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.
  
 "Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.

Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.
  
Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.

Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan



Sumber bernama

SEKUPANGDUA: TAHNIAH! SELANGOR DIBAWAH PENTABIRAN PKR TETAP DAN...

SEKUPANGDUA: TAHNIAH! SELANGOR DIBAWAH PENTABIRAN PKR TETAP DAN...: Macamana jiwa tak meruntun, bagaimana nak bersabar lagi, dimana rasa kemanusiaan? Semuanya bila terpampang gambar seorang anak yang ma...

Anwar perlu kotakan janji...



Abu Seman Yusop
Abu Seman Yusop












 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

“Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

“Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

“Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang ditetapkan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.

“PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.

“Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan  masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Papar itu, berdemonstrasi di jalanan hanya merosakkan perpaduan yang telah dibina selama ini.

Menurut laporan The Edge, 81 peratus pembaca akhbar itu mahu Anwar bersara kerajaan gagal membentuk Kerajaan Pusat.

Bancian yang melibatkan 12,588 menunjukkan 10,275 orang mahu Anwar mengotakan janji untuk bersara.

Anwar dalam video ucapannyapada 17 Ogos 2012 berkata, beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pematang Pauh itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 penuh penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.

Sumber... 

Tindakan Azmin langgar perlembagaan parti


 Ketua AMK Balik Pulau, Mohd Faizal Ab Rahman mahu Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden, Azmin Ali kerana mengkritik kepimpinan parti.

Dalam surat dikirim kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bertarikh 11 Mei, Faizal memohon tindakan disiplin ke atas Azmin kerana telah menuduh Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengamalkan dasar nepotisme.

Menurutnya, tuduhan Azmin telah mendapat liputan meluas media dan membuka peluang kepada pihak-pihak yang mahu meranapkan parti.

“Sebagai pemimpin parti, mengkritik secara terbuka adalah tindakan yang melanggar perlembagaan parti. Kritikan ini juga telah memburukkan nama parti selain menimbulkan polemik negatif dari sudut hubungan dalaman parti.

“Sebagai orang nombor dua, Azmin seharusnya lebih peka dalam perihal menjaga nama baik parti dan sepatutnya menjadi contoh kepada ahli lain dalam menyelesaikan isu berbangkit melalui perbincangan,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Azmin yang menggunakan pejabat parti untuk mengadakan sidang media mengkritik Presiden juga adalah keterlaluan.

“PKR yang menjadi sandaran kepada rakyat berbilang kaum harus menunjukkan sikap bersatu dan setia sebelum menyatukan rakyat.

“Apa yang dilakukan Azmin adalah sangat kontradiksi dengan amalan yang sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Azmin walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.

Menurut Saifuddin, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah semalam.

"Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja," katanya.

Sumber....

Tahukah Anda......?: Karpal Tak Berani Guling Kerajaan Dengan Kekerasan...

Tahukah Anda......?: Karpal Tak Berani Guling Kerajaan Dengan Kekerasan...: Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee. Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan prope...

Elya bising bising: Panas!!!Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat!...

Elya bising bising: Panas!!!Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat!...: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (J...

Daeng Selili Politik Perak: DAP Mula Panas Ponggong?!

Daeng Selili Politik Perak: DAP Mula Panas Ponggong?!: Menyifatkan Kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berbentuk perkauman Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Selangor, Chua Yew...

FOTO PENGGANAS SULU KANTOI SEBELUM DIGEMPUR ANGGOTA KESELAMATAN.






Ini pemuda2 sulu yg lepas rekrut itu dalam misi menceroboh Sabah ... foto semasa hari rundingan diawal2 pencerobohan ... semua dah jadi tanah ....







Foto Pengganas Sulu semasa dalam proses rundingan dulu ... 
sekarang semuanya dah padam, jadi tanah 




Antara senjata dan peluru yang dirampas


Kewujudan Resis, ... Cetusan lim kit Siang .....


























Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. 

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.


PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN 

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. 
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. 

PERARAKAN KEMATIAN CINA 


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. 
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR 

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. 

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. 

Cerita-cerita telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. 

REJIMEN RENJER 


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. 

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. 

PANGGUNG ODEON 

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi. 

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras. 
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina. 

PERSEPSI 

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. 
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu cerita yang diputarbelitkan oleh pembangkang sahaja. 


ANGKA KORBAN 

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. 

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. 
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan] 
[sunting]Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.


MAGERAN 

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung. 

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS

MENJELANG UMUR 71, ANWAR SALAHKAN TAKDIR TUHAN


 Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia.

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4.
Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka.

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain. 

Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi. 

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen ‘reformasinya’.

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.”

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia.
Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya