Sunday, May 19, 2013
Tabligh: PRU 14 - Pilihanraya Terakhir Buat Bangsa Melayu -...
AIRASIA, AZRAN OSMAN RANI INILAH MEREKA, APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERDIAM DIRI SAHAJA
IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN ( EKSKLUSIF ) UPDATED
Penyokong pembangkang cetus provokasi
PAKATAN RAKYAT BAKAL HILANG 3 KERUSI, JENTERA BN DIMINTA BERSEDIA
Anuar Tak Rela Di Pujuk?
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla seharusnya memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan mendapatkan rawatan berhubung segala isu moral yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, perkara itu perlu diberi keutamaan dalam usaha Jusuf merintis usaha mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Anwar.
Berikut kenyataan penuh Ezam:
Kita hormati niat ikhlas Jusuf atas semangat saudara serumpun dan bersaudara untuk mendamaikan Najib dan Anwar. Tetapi ada beberapa fakta yang harus beliau ketahui dan terima supaya niat murni itu bukan sahaja sia-sia tetapi menjadi malapetaka umat.
Isu membabitkan Anwar bukan hanya politik, tetapi soal moral yang berat. Keputusan mahkamah pada 2004 secara jelas menunjukkan Anwar seorang peliwat dan selepas hampir 10 tahun, Anwar tidak menggunakan haknya untuk menyanggah keputusan itu walaupun dia berjanji kononnya mahu melawan fakta dia adalah peliwat.
Anwar juga sudah melakukan perkara yang melampaui batas dengan menjual kehormatan akidah Islam dalam soal pluralisme agama, isu murtad dan penggunaan kalimah Allah. Anwar berdosa besar kepada umat Islam di Malaysia dan bukannya hanya kepada Najib.
Atas nama kelangsungan umat, saya mencadangkan Jusuf menyarankan kepada Anwar berhenti mengganggu umat Islam di Malaysia, bertaubat dan berubat. Bukannya mendamaikan seorang yang berpenyakit dengan seorang Perdana Menteri. Kita tidak mahu Jusuf yang baik namanya di Malaysia menjadi rosak gara-gara terperangkap dengan permainan licik seorang yang berpenyakit dan gila kuasa hingga menjual agama dan bangsanya.
RAHSIA DAP DI BELAKANG MALAYSIA SPRING
ORANG-ORANG SURUHAN DAP |
Seorang pembaca yang tidak mahu namanya disebut di sini berkata beberapa individu Melayu yang dibayar DAP telah diarahkan menjadi koodinator dan ‘muka hadapan’ untuk mengerakkan road show protes jalanan ke arah menumbangkan kerajaan melalui Malaysia Spring.
Enam wajah baru barisi Exco Perak ,..Hanya Untuk Setahun?
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan senarai sembilan Exco Kerajaan Negeri Perak yang merangkumi enam muka baru.
Mereka yang baru ialah Adun Behrang Datuk Rusnah Kassim, Datuk Samsudin Abu Hassan (Ayer Kuning), Mohd Nizar Zakaria (Belanja), Nolee Ashilin Mohd Radzi (Tualang Sekah), Dr Muhammad Amin Zakaria(Batu Kurau) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).
Rusnah dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional manakala seorang lagi wakil wanita, Nolee Ashilin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan.
Sementara Samsudin dilantik sebagai Pengerusi Jawankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil.
Mohd Nizar pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dr Muhammad Amin pula dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau manakala Shahrul Zaman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia.
Tiga Adun yang dilantik semula pula ialah Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik).
Saarani dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Peladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Mohamad Zahir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor dan Zainol Fadzi pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan, Awam, Infrastruktur,
Tenaga dan Air.
Zambry berkata satu kekosongan jawatan Exco belum diisi kerana ia adalah kuota MCA. Adun Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon merupakan satu-satunya calon MCA di negeri ini yang memenangi pilihan raya umum lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Barisan Nasional Perak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah setelah menguasai 31 daripada 59 kerusi Dun yang dipertandingkan. Daripada jumlah itu, Umno menang 30 kerusi.
Zambry memberitahu penilaian terhadap setiap Exco akan dibuat setiap tahun.
"Tuanku (Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah) menitahkan supaya anggota Exco dinilai setiap tahun dan kemungkinan proses mengangkat sumpah semula dibuat
setiap tahun," katanya.
Batal sijil Islam
Wakilnya, Suhaimi Latip berkata, Mampan mendesak semua pihak melihat isu pembatalan sijil pengislaman itu sebagai perkara yang berat dan serius.Menurutnya, kes tersebut perlu campur tangan pihak berwajib bagi memastikan kesucian Islam dan perundangan Islam dipelihara.
“Kita minta pihak berwajib melantik hakim beragama Islam dan memahami Islam untuk mengendalikan kes ini.
“Kita tidak mahu kes ini menjadi rujukan atau pendahulu kepada kes seumpamanya jika mereka menang,” katanya selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Idris Shah II, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh, Mohamad Hafiz Ng Abdullah; Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Arif Aliah dan wakil Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Roshidi Shahari.
Suhaimi yang juga Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak memaklumkan, pihaknya sedang menggerakkan usaha bagi mengadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan Perak bagi menzahirkan isu ini supaya ia mendapat perhatian sewajarnya.
“Umat Islam diajak berterusan bermunajat kepada ALLAH SWT dengan mengadakan solat hajat serta berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan tidak berlaku pembatalan sijil pengislaman.
“Kita mahu umat Islam di Perak dan seluruh negara memahami isu ini serta menyokong bantahan,” tegasnya.
Untuk tindakan bantahan dalam tempoh masa terdekat, beliau meminta orang ramai yang berkelapangan hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 Mei untuk berhimpun secara aman bagi membantah tindakan berkenaan.
Pada 12 April 2009, Mohd Ridzuan membawa tiga anaknya iaitu Umu Salamah, 16; Abu Bakar, 14 dan Umu Habibah, 5, memeluk Islam tanpa pengetahuan Indira.
Pengislaman ketiga-tiga anaknya dibantah Indira yang memohon pembatalan sijil pengislaman di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes itu sudah dua kali didengar di mahkamah berkenaan.