Sunday, April 7, 2013

AYUH RAKYAT PERAK SEMBOYAN DAH BERBUNYI!





PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sekali lagi mengingatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya terus setia menjadi penyokong BN.

Menurutnya, sebagai penyokong BN yang baik, mereka perlu sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan.
"Mereka yang tidak dicalonkan perlu terus setia menjadi penyokong BN yang baik, kerana kita perlu mengambil falsafah berpolitik iaitu ketika mana kita menjadi calon, mereka yang berada di belakang merupakan mereka yang tidak menjadi calon namun sentiasa memberikan sokongan yang baik.
"Manakala apabila masa kita sudah berakhir, kita mengharapkan perkara yang sama ditunjukkan... contoh teladan yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Merentasi Sungai Perak Ke Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang, dekat Gerik, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan kepada semua penyokon BN supaya belajar daripada pengalaman pahit pada 2008 lalu bagi memastikan semua calon BN menang di semua kerusi yang ditandingi pada PRU-13 nanti.

"Saya juga ingin mengingatkan kepada semua khususnya di kalangan (penyokong) BN supaya apa pun pendekatan apa bila pengumuman dibuat, kita perlu belajar daripada pengalaman 2008, perlu bersama-sama bersatu hati dan memastikan calon kita menang.
"Yang akan diumumkan nanti bukanlah tuan punya diri, tetapi yang diumumkan nanti ialah calon BN. Ianya mewakili BN dan bukan mewakili dirinya (calon).
"Jadi, belajarlah daripada pengalaman pahit 2008. Saya seru sekali lagi, jangan kita biarkan sekali lagi UMNO dan BN kecundang di bumi Perak ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.