Saturday, May 18, 2013

Panas!!!! (VIDEO) Sharifah Sakinah, Adik KepadaSharifah Shahira Terus Meroyan…Mengaku Pondan, Tunjuk Kemaluan!






Sekarang, jom kita tengok pula Sharifah Sakinah mengaku beliau adalah seorang pondan dan menunjukkan bebird palsu beliau.





Sangap populariti? Sila komen dengan berhemah.



bumiyang: Hapus Dewan Negara!!! Seterusnya Sultan, Hak Istim...

bumiyang: Hapus Dewan Negara!!! Seterusnya Sultan, Hak Istim...: Tu dia..... Apa pula selepas ini??? Hapus hak istimewa orang Melayu, hapus Sultan, Islam setaraf dengan agama lain, tuPM dan MB bukan Melay...

Syabas Mukhriz Kerana Tegas



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.


   

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
   
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. 
    

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
   
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
   
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
   
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
   
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan  di kalangan rakyat.
   
"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya. 
   
Dalam perkembangan lain, Mukhriz menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya yang juga timbalan menteri MITI..
   
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.

BADUT RAKYAT: BONGKAR !!! #PRU13 !!! APA ERTI KEJUJURAN UNTUK PA...

BADUT RAKYAT: BONGKAR !!! #PRU13 !!! APA ERTI KEJUJURAN UNTUK PA...: Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri,Pak Aziz dan Mak Jijah.Pak Aziz seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja seb...

BADUT RAKYAT: BONGKAR !!! #PRU13 !!! APA ERTI KEJUJURAN UNTUK PA...

BADUT RAKYAT: BONGKAR !!! #PRU13 !!! APA ERTI KEJUJURAN UNTUK PA...: Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri,Pak Aziz dan Mak Jijah.Pak Aziz seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja seb...

Cybertroopers Pembangkang Dan Anwar Akan Ditangkap !!!


Akhirnya SPR telah membuat laporan Polis dan ini adalah satu tindakan yang tepat pada masanya. Sampai bila SPR nak 'tunduk' dengan fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya. Sudah berapa kali pilihanraya kecil dan umum yang dijalankan oleh pihak SPR semuanya telus dan tiada sebarang penipuan.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya tidak akan terlepas. Fitnah dan penipuan Anwar dan kuncu-kuncunya harus 'DILENYAPKAN'. Dah bagi betis nak peha pulak, inilah perangai manusia yang tak pernah kenal erti bersyukur dengan pemberian dari Yang Maha Esa.

Apakah keadilan yang dibawa oleh Anwar, jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya? Pemikiran kolot seperti ini yang rakyat Malaysia nak angkat sebagai pemimpin. Rakyat Malaysia harus berfikir menggunakan otak bukan berfikir menggunakan lutut. Kalau benar ada penipuan yang SPR bawakan pada PRU13 kenapa Anwar sehingga sekarang tak berani nak tampil ke hadapan tunjukkan bukti dan serahkan ke muka pengadilan. Tak percaya mahkamah, bukankah mahkamah juga yang 'Bebaskan' beliau dalam kes memburit Saiful..!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus. 

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil. 

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.

Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu.


Sumber 

Syed Mokhtar Al-Bukhary Di Geruni DAP ..










Siapa yang mulakan dahulu? Itulah soalan yang perlu dijawab oleh PR - khususnya DAP. Bertali arus mereka berkempen mencerca dan memburukkan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dengan pelbagai tohmahan. Beliau difitnah dengan semahu-mahunya, seolah-olah selama ini hanya Syed Mokhtar seorang sahaja yang dibantu oleh kerajaan dalam dunia korporat. Soalnya, mengapa mesti memilih tokoh korporat Melayu sebagai sasaran mereka? Bukankah itu sudah jelas menunjukkan racis dan bertujuan untuk menjadikan Syed Mokhtar al-Bukhary dibenci oleh masyarakat Cina kononnya atas nama kronisme? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi - cuba lihat ucapan para pemimpin pembangkang di YouTube, sangat jelas sasaran mereka ditujukan kepada Syed Mokhtar al-Bukhary kononnya beliau menguasai ekonomi Malaysia. Sayangnya kita masih percaya kononnya Utusan Malaysia yang memulakan provokasi perkauman.
KUALA LUMPUR 7 Mei - Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis. Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara. 

Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN. Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan. Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13.

Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan ‘Ubah’ dan ‘Ini Kali Lah’. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada ‘kegilaan’ para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN. Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran.

Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN. Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu. Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang.

Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan. Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukan‘demonstrasi’ untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi. Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi.

Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan. Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat. Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut.

Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan. Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13. 

Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13. Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.

Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang. SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah. Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka. 

SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan. SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: “Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua." Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total.

Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan ‘menyerang’ Utusan Malaysia. Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN. Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara.

Sumber...