Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana
Menteri buat seketika sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara
kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut
berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan,
selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu
menyandang jawatan Perdana Menteri.
|
bakal Perdana Menteri ke 6 dan ke 7 |
"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika
sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan
perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan
beragama Islam.
“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia
(Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam
Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika
menyampaikan ceramah ‘Merungkai Kebenaran’ di Taman Skudai Kanan, di
sini, malam kelmarin.
Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus
berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan
Perdana Menteri selagi beliau hidup.
Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal
Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa
Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang
jawatan tersebut suatu hari nanti.
|
bekas ahli PAS |
Sementara itu, Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata,
meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal
mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan
raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak
Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari
negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas
berjaya menawan Putrajaya.
|
Presiden Jati |
“Ia bukan lagi satu rahsia, sebaliknya akan menjadi
kenyataan sekiranya orang ramai menabalkan Pakatan Rakyat selaku
pemerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan
Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara
bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai
republik,” katanya.
Satu sesi bicara balas tentang perdana menteri bukan Melayu menemui
titik persilangan menarik apabila satu-satunya tokoh sejarah negara
berbangsa Cina menolak idea berkenaan sementara dua lagi ahli panel
Melayu berpendapat ia mungkin berlaku.
Memulakan perbincangan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat
jawatan perdana menteri akan sentiasa diisi seorang Melayu berdasarkan
hakikat semasa orang Melayu sebagai majoriti di negara ini.
"Kalau rakyat Malaysia sekarang diminta mengundi sama ada orang bukan
Melayu boleh menjadi PM atau tidak, apakah keputusannya? Bilangan
penduduk negara ini 60 peratus lebih adalah orang Melayu. Jadi kalau
orang Melayu tidak setuju?" katanya.
Bercakap pada forum anjuran Radio Bernama 24 di ibu kota semalam, Khoo
menegaskan bahawa jawatan itu juga akan sentiasa diisi orang Melayu
berdasarkan perspektif sejarah yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang
Melayu.
"British datang (ke Tanah Melayu), kaji dan buat keputusan ini adalah tempat kerajaan Melayu.
"Jadi pada 1927, apabila Hugh Clifford dilantik sebagai gabenor dalam
Federal Council ada dijelaskan dia kata bahawa tempat ini pernah,
sememangnya, dan perlu kekal sebagai negeri Melayu," katanya.
Menurut Khoo (atas), perkara itu dikukuhkan lagi pada persidangan
Raja-Raja Melayu dalam tahun 1961 apabila Gabenor British pada masa itu,
Sir Cecil Clementi menegaskan sekali lagi bahawa "Malaya untuk orang
Melayu".
Pendapat Khoo yang mengambil kira hakikat semasa dan sudut sejarah
disanggah Ketua Pemuda PKR (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin: Menggamit sejuta kemungkinan
"Dalam kerangka Perlembagaan, siapa yang menikmati majoriti dalam Parlimen akan diangkat sebagai PM.
"Dalam konteks ini tidak dikhususkan sama ada dia Melayu atau Islam atau
sebagainya. Kalau kita tidak ubah, itulah akan jadi pegangan dalam kita
bernegara," kata Shamsul yang juga seorang peguam.
Namun, Shamsul berpandangan perbincangan sama ada jawatan itu boleh
diisi oleh seorang bukan Melayu atau tidak hanya akan menguntungkan
kerajaan sekarang yang dibentuk parti-parti berasaskan perkauman.
"Perkara ini bukan satu provokasi kecuali kerajaan BN hendak menggunakan
perkara itu untuk menakutkan pengundi terutama majoriti pengundi
Melayu.
"Apa-apa sahaja perbahasan dalam konteks ras, ia akan menguntungkan parti yang perkauman," katanya.
Menolak kenyataan Shamsul, Saifuddin menegaskan bahawa isu tersebut
sebenarnya tidak pernah dibincangkan sama ada dalam mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno atau Dewan Tertinggi BN.
Malah, beliau mendakwa Umno kini sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Saifuddin bagaimana pun bersetuju isu perdana menteri bukan Melayu perlu
dikaji semula apabila senario semasa memerlukan ia dibincangkan dengan
lebih serius.
"Ini akhirnya bergantung kepada pilihan raya akan datang yang kita belum
tahu bila dan siapa akan mewakili siapa dan sama ada orang Melayu akan
membentuk majoriti atau tidak. Itu semua persoalan menggamit sejuta
kemungkinan," katanya.
Di Ipoh pada tarikh 4 Jun 2012 yang lalu pula, Timbalan Pengerusi DAP
Perak, V Sivakumar berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP berbeza, DAP
masih menyanjung tinggi Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam
sebagai agama rasmi.
“Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular.
Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak di luar batasan untuk
mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama
rasmi.
“Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan
apabila isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap ia hanya satu
taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap
Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Kesimpulannya kenyataan Sivakumar ini jauh lari maksud dari kenyataan
Karpal yang mahukan Perdana Menteri Pakatan Rakyat adalah dari bukan
orang Melayu, bermaksud orang itu mestilah bukan Islam. Nampak gayanya
macam tiada persefahaman antara pemimpin-pemimpin dalam parti DAP.
Mula-mula yang si berkerusi roda OKU bercakap ikut sedap hati sahaja
nakkan jawatan Perdana Menteri dari bukan Melayu manakala yang si
speaker bawah pokok di Perak ini pula cakap DAP hormat Islam sebagai
agama rasmi untuk ambil hati puak PAS supaya menyokong mereka. Dua-dua
ni memang kaki putar alam, tak boleh pakai punya.
Mana mungkin Perdana Menteri dilantik seorang bukan Melayu (tidak Islam)
untuk mengetuai negara yang perlembagaan agama rasminya adalah agama
Islam. Yang Dipertuan Agung dari kalangan raja-raja dan sultan Melayu
sahaja berhak menentukan dan memilih bakal Perdana Menterinya, bukan si
OKU mulot celupar yang berkerusi roda setiap mas