Grup penyokong Pakatan Rakyat akan menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional tahun ini juga kata, Haris Ibrahim wakil grup yang mengelar diri mereka Asal Bukan UMNO. Bagi mereka jalan melalui pilihan raya tidak akan dapat menukar kerajaan dan jalan yang ada adalah di jalan raya. Menurut Haris Ibrahim – iniBUKAN SATU UGUTAN TETAPI INI SATU JANJI. Grup ini memaklumkan bahawa turun ke jalan raya adalah satu-satunya cara untuk menggulingkan kerajaan yang ada hari ini kerana kerajaan yang ada tidak demokratik malah telah menggunakan kuasa untuk memastikan kemenangan.
Dalam masa yang sama Ketua UMUM PKR, Anwar Ibrahim menolak tindakan tersebut dan mengatakan bahawa PKR tidak akan menyokong keputusan untuk turun ke jalan raya. Mereka akan mengadakan perhimpunan demi perhimpunan untuk mendesak rakyat melakukan perubahan.
Turut menyatakan hasrat untuk memulakan gerakan ke jalan raya adalah Hishammuddin Rais – aktivis dan Adam Adli yang mewakili pelajar. Semua mereka mengatakan bahawa mereka akan mula membuat perencanaan untuk turun ke jalan raya bagi mendesak perubahan. Adakah ini akan berlaku?