Saturday, August 31, 2013

PANAS !!! Gadis 14 tahun Dirogol Bergilir Setelah Bergaduh Dengan KakakAngkat



Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.

“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.

“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.

“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.

“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.

“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.

“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”

Gambar.... Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logokumpulan kongsi gelap


                                                           Gambar Tatoo Geng 08

                                                     Gambar Tatoo Geng 18

                       Kesan hirisantangan sebagai tanda menjadi ahli kekal dan logo Geng 36

‘Geng 36′ Punya Ahli Paling Ramai Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Geng 36 pada asalnya terdiri daripada ahli kumpulan berbangsa Cina sebelum ia diambil alih oleh kaum India untuk menjadi salah satu golongan yang secara rahsia paling ditakuti di negara ini.

Evolusi kumpulan ini telah dikaitkan dengan keengganan bilangan ahli pengasas berbangsa Cina yang semakin meningkat untuk tidak terlibat menjadi “inti-pati” jenayah terancang.

“Penat melakukan kerja-kerja jenayah, mereka mengupah mereka yang berbangsa India untuk melakukannya,” kata seorang pakar jenayah yang enggan namanya disiarkan.

“Selepas beberapa waktu, bilangan samseng Cina diatasi oleh kaum India dan tidak lama selepas itu ia telah dilihat sebagai kumpulan India. Tetapi itu tidak sepenuhnya benar kerana kebanyakan kumpulan penjenayah di Malaysia mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Menurut pakar ini, masih terdapat ahli-ahli Cina dalam Geng 36, tetapi mereka memainkan peranan yang lebih pasif sebagai “pelabur”.

Mereka ‘melaburkan’ wang ke dalam kumpulan itu untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka menggandakan wang mereka.

“Kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan pekerjaan yang sah seperti terlibat dalam bidang hartanah.”
Pakar itu berkata corak evolusi biasanya dapat dilihat dalam banyak kumpulan lain di negara ini.

“Pada mulanya, hanya terdapat kumpulan-kumpulan Cina, yang merupakan limpahan anggota kongsi gelap dari China,” katanya.
Beliau berkata ketakutan di kalangan Geng 36 telah membawa kepada ramai samseng yang hanya menggunakan namanya untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri, sambil menyatakan keahlian adalah sukar untuk disahkan kerana ia merupakan sebuah organisasi yang longgar.

Kemasukan anggota India ke dalam kumpulan-kumpulan ini juga disebabkan oleh iklim semasa sosioekonomi negara dan sifat tidak berstruktur dalam melakukan jenayah itu sendiri, kata Ketua Pemuda MIC T. Mohan.

“Kemiskinan memainkan peranan yang besar. Semakin ramai belia berbangsa India didorong untuk menyertai kumpulan-kumpulan ini kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cara lain untuk mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata mereka yang baharu menjadi ahli kumpulan samseng mendakwa mereka adalah milik kumpulan tertentu untuk kepentingan yang berkaitan.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak teratur. Tembakan yang berlaku adalah pertikaian yang tidak berkaitan antara kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai kebebasan baru untuk menggunakan senjata api.


Sumber...