Tuesday, April 9, 2013
Pembangkang Parit Buntar Makin Terdesak, Peralatkan Pelajar Sekolah
PKR Parit Buntar dikatakan semakin terdesak sehingga sanggup memperalatkan pelajar sekolah supaya hadir pada perhimpunan yang mereka anjurkan.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Mohd Salleh Mat Disa berkata, pembangkang di Parit Buntar akan membuat apa sahaja demi kepentingan politik mereka, termasuk memperalatkan pelajar sekolah.
Beliau memberi contohnya, mereka mencanangkan kononnya perhimpunan semalam dihadiri lebih 3,000 orang muda tetapi daripada maklumat yang diperolehi, hanya sekitar 1,000 orang sahaja yang hadir, itupun termasuk mereka di bawah umur dan pelajar sekolah.
"Yang menyedihkan, mereka menggunakan remaja bawah umur dan ada yang masih bersekolah turut sama dalam konvoi bermotosikal yang bermula dari Peka Rabu Batu Lima hingga ke Kampung Kedah,” katanya hari ini.
Mohd. Salleh berkata, PKR juga semakin terdesak sehingga membenarkan mereka yang tidak berlesen turun mengambil bahagian sambil membawa pembonceng yang memegang bendera PAS, PKR dan DAP.
“Adalah sesuatu yang memalukan kerana pemuda Melayu yang beragama Islam membawa bendera DAP kerana parti itu diketahu memang memang anti Islam,” katanya sambil menambah, tidak ada seorangpun ahli DAP yang hadir dalam program itu.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Parit Buntar yang juga Setiausaha UMN0/BN Parit Buntar, Abdullah Salleh berkata, adalah amat mendukacitakan apabila pembangkang memperalatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak kecil di dalam aktiviti politik mereka.
“Sepatutnya pelajar sekolah berehat ketika cuti hujung minggu, bukannya diheret dalam aktiviti politik seperti yang pembangkang lakukan semalam,” katanya sambil mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.