Tuesday, April 9, 2013

Bahayanya Dap Kepada Umat Islam DAPIG RESIS MELAYU

jefrei nordin
“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,”

Jefrei Nordin, ( Bekas Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor)

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pengakuan daripada saudara Jefrei Nordin yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Y.B Ronnie Liu tentang hasrat pembangkang khususnya DAP ingin meletakkan tokoh melayu liberasebagai calon mereka di Selangor dan tidak mustahil juga di perak pada pilihanraya akan datang.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, aliran pemikiran liberal adalah sesat dan menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Perkara ini diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi  Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke – 74 pada 25 hingga 27 julai 2006 selepas mendapati penyelewengan berkenaan aspek akidah dan syariah.


Aspek Akidah

Antara ciri pihak yang mendukung fahaman ini ialah mereka berpegang kepada konsep pluralisme. Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pihak pluralisme agama ini berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Mereka juga mengakui bahawa semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Ini adalah amat menyimpang dengan hakikat kerana hanya agama Islam sahaja yang diterima sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT seperti  FirmanNya:

“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam”
(Ali-Imran 3 : 18).

Dalam ayat lain Allah berfirman:

“  Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.” ( Āli-Imran 3 : 85).
Antara ciri lain golongan ini ialah mereka mengatakan bahawa akal manusia adalah wahyu. Aliran ini juga turut membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Manakala wahyu tidak bertulis pula adalah akal manusia, dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, dan kesesuaian mengikut keadaan semasa.

Adalah dangkal untuk mengatakan bahawa akal manusia yang mempunyai seribu satu kelemahan sebagai salah satu sumber wahyu.

Golongan sesat ini juga turut meragui ketulenan Al-Quran. Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka juga menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Hakikatnya, kita sebagai umat manusia diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah untuk selalu berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah, kerana kedua pegangan tersebut tidak akan membuat kita sesat selama-lamanya.

Apabila kita tidak berpegang pada kedua pegangan tersebut kita akan sesat selama-lamanya.  sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya: Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan terpisahkan hingga keduanya mendatangiku di Al-Haudh (telaga)”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.