Google+ Followers

Tuesday, April 9, 2013

Tak Habis Habis Lagi Si Pok Nik Ni..... MCM DIA TUHAN NAK JATUH KAN HUKUM


Nik Aziz pertahan 'fatwa' solat Umno tidak sah..Angkuhnya Pemimpinan PAS ni


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan 'fatwanya' sebelum ini bahawa solat orang Umno tidak mendapat sebarang pahala kerana parti itu kononnya menolak dasar Islam.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan apabila tolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.

"Islam mari (datang) daripada Allah SWT, bukan mari daripada Nabi Muhammad SAW, bukan mari dari Kelantan, mari daripada Allah.

"Demo (UMNO) tolak Islam. Bila tolak Islam, erti dia tolak Allah, tolak Jibril, tolak Nabi Muhammad SAW, tolak Al-Quran. Kalau tolak Islam mesti automatik tolak Nabi, tolak Allah SWT," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pawah Rusa negeri di Kompleks Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.

Nik Aziz pada Jumaat mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang Umno apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala.

Pemimpin PAS itu turut mendakwa Umno telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada Umno kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Malah, bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut disamakan oleh Mursyidul Am PAS itu seperti memberi dedak serta padi kepada haiwan ternakan.