Google+ Followers

Tuesday, April 9, 2013

SEJARAH !!! Pelacuran Di Malaysia


 
 

Sekiranya anda pernah menonton dokumentari dalam bahasa mandarin di 8TV anda mungkin pernah menonton cerita mengenai asal usul mulanya perniagaan pelacuran berlaku ditanah melayu.

Dan antara fakta menarik yang boleh dikongsikan ialah bagaimana pelacuran di negara ini bermula. Menurut dokumentari yang disiarkan, pelacuran sebelum ini adalah halal di sisi undang2 di Tanah Melayu sebelum tahun 1870an. Tiada sebarang undang2 di Malaya ketika itu yang melarang aktiviti ini.

Kebanyakkan pelacuran yang berkembang adalah disebabkan permintaan daripada buruh2 asing yang dibawa masuk bekerja ke dalam Malaya. Oleh kerana tuntutan ini, banyak gadis belasan tahun dan ada di antaranya berumur semuda 4 tahun dibawa masuk menjadi barang dagangan. Mereka kebanyakkannya berasal daripada tanah besar China.

Di China, aktiviti ini dilihat sebagai satu perdagangan yang amat menguntungkan. Bermulanya perdagangan manusia di China untuk pelacuran adalah apabila ramai buruh dari negara tersebut dibawa masuk ke Amerika Syarikat yang pada ketika itu sedang pesat membangun.

Aktiviti pelacuran ini disebabkan oleh beberapa perkara; iaitu:

Untuk melangsaikan hutang
Sebagai gadaian kerana berhutang yang akhirnya terjebak ke kancah pelacuran
Penipuan
Sukarela

Antara tempat terawal di negara yang berkembang pesat dengan aktiviti ini ialah di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur di mana banyak buruh asing dari negara China berada. Malah terdapat persatuan yang diwujudkan untuk melindungi para pelacur ini, kerana kebanyakan daripada pelacur ini adalah di bawah umur, dan adakalanya menjadi mangsa penderaan. Malah ada kes yang melibatkan pelacur dibunuh setelah 'tuannya' jemu dengannya.

Permerdagangan orang sebegini menjadi satu pengerak ekonomi negara China satu masa dahulu, di mana setiap seorang wanita yang dijual oleh keluarganya boleh mendapat subsidi tertentu daripada kumpulan kongsi tertentu seperti beras, pakaian, serta duit untuk sara hidup. Oleh sebab itu, ramai keluarga di China suka beranak ramai kerana bagi mereka, lebih ramai anak terutama perempuan, lebih membawa tuah kepada keluarga.

Di Tanah Melayu, limpahan aktiviti pelacuran ini telah menjadikan satu masalah. Lalu, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan Ordinan Wanita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.