1998-ribuan rakyat diperbodohkan.
Enam tahun dalam penjara kerana bersalah menyalahgunakan kuasa.Ini barangkali rakyat lupa.
Anwar tidak ada pilihan.Bagi menyempurnakan agenda dendam peribadi dan keinginannya yang meluap-luap untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia,beliau akan menggunakan apa sahaja cara.Tipu daya dan pembohongan serta penafiannya semakin menjadi-jadi. Dari isu liwatnya dengan Sukma,Azizan dan Sukma serta paling baru berdepan dengan isu video seks, Anwar menghalalkan segala cara bagi mencapai matlamatnya.
Rakyat yang bodoh sedang dimanipulasi dan dihasut semau-maunya untuk menolak sebarang tuduhan salah laku seks terhadap beliau.
Skandal demi skandal terbongkar tapi masih ada rakyat yang menganggap itu konspirasi. Masih ada rakyat yang tetap menolak kebenaran dan menuding kerajaan serta UMNO yang terlibat dalam segala perancangan itu.Kelemahan rakyat dan keyakinan rakyat inilah yang Anwar pergunakan untuk mengalihkan isu kononnya beliau tidak terlibat,beliau teraniyai dan berbaga-bagai lagi alasan yang direkayasakan. Kita akui Anwar ada kepakaran untuk menjadi yang benar itu sebagai bohong dan yang bohong itu sebagai benar.
Tingkah dan pencak politik Anwar cukup hebat.Beliau mampu lagukan senandung yang sumbang untuk didengar enak oleh rakyat.Hujah politiknya mampu meraih simpati dan sokongan.Mimik muka dan wajah palsunya berjaya digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjuang untuk rakyat walaupun sebenarnya beliau sedang memperalatkan rakyat untuk menjadi teras kepada segala pembohongan yang beliau lakukan.
Kita akui bahawa Anwar sememangnya mempunyai hak untuk membuat penafian dan mempertahankan dirinya apabila dituduh meliwat ataupun melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa dirakamkan dalam viedo seks ketika ini tetapi tindakan anwar untuk mengheret rakyat dalam skandal-skandal yang sedang beliau hadapi ini adalah satu tindakan yang bacul serta tidak bertanggungjawab.
Tindakan Anwar ini boleh memudaratkan Negara.Boleh mencetuskan rusuhan dan meletakkan Negara dalam keadaan yang tidak aman.Anwar boileh bangga dengan ribuan rakyat yang Berjaya beliau perdayakan tetapi Anwar juga jangan laupa masih ada ratusan ribu ataupun juta yang tidak senang atapun benci dengan sikpa berdolak dalik beliau dan bayangkanlah dengan cara dan corak ceramah beliau yang penuh hasutan apabila kedua-dua kumpulan ini bertembung.Apakah Anwar sememangnya ada niat untuk mencetuskan huru hara demi menyelamatkan diri serta keluarganya daripada semua tuduhan yang sedang beliau hadapi ini?
Anwar perlu `disekolahkan'semula tentang kedaulatan undang2.
Anwar dan kumpulannya sedang mengapi-apikan emosi rakyat.Masjid dan surau-surau terutamanya di Selangor dijadikan meda untuk beliau dan penceramah upahannya mengheret rakyat bagi mempertahankan dirinya sedangkan semua kesnya masih dibicarakan di mahkamah dan kes video seksnya sedang disiasat.
Seperti menjadi kewajipan kepada beliau untuk turut sama mengheret rakyat apabila ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya ataupun yang membabitkan dirinya dan beliau akan mengerah rakyat untuk turun ke jalanan sedangkan apa sahaja yang beliau hadapi adalah bersifat peribadinya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan rakyat,kerajaan dan parti-parti politik lain.PAS sendiri pun tiba-tiba menjadi bodoh untuk diperalatkan oleh Anwar.Mengapa mesti mengerahkan rakyat untuk membela diriny?
Kepada yang mengenali Anwar-inilah cara Anwar dan amat malanglah kepada rakyat yang bersedia menjadikan diri mereka perkakas untuk diperalatkan oleh Anwar dan lagi malang apabila beliau terus disokong dan dipuja sebagai seorang pemimpin sedangkan kebejatan moralnya semakin hari semakin terserlah.Ini cara yang salah untuk menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin.Pemimpin boleh datang dan pergi tapi keamanan negara dan keharmonian rakyat berbilang kaum harus dipertahankan dan tidak boleh digadaikan semahunya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.