Tuesday, April 9, 2013

Yusof Kasim Berjaya Menyelesaikan Masalah BN Batu Gajah


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Gajah, Datuk Yusof Kasim meminta semua pihak supaya akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti yang memutuskan kerusi DUN Tronoh akan ditandingi calon MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bercakap kepada pemberita sebentar tadi, Yusof yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah menegaskan akhbar Cina tempatan melaporkan wujud protes di sebalik keputusan kepimpinan MCA menyerahkan kerusi DUN Tronoh kepada MIC.
“Semalam, akhbar Cina tempatan melaporkan wujud protes di kalangan ketua kampung dan ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mahu meletak jawatan jika kerusi DUN Tronoh diberi kepada MIC.
“Hari ini, saya panggil mereka semua datang untuk berbincang dan akhirnya bersetuju dan akur dengan keputusan yang diputuskan kepimpinan tertinggi BN,” katanya lagi.
Beliau berkata, pemimpin di peringkat bawahan perlu akur dengan keputusan pihak atasan demi memastikan kemenangan BN pada PRU-13.
“Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sudah memaklumkan bahawa kerusi DUN Tronoh akan diserahkan kepada MIC pada PRU-13 selain kerusi DUN Buntong.
“Oleh itu, saya bersama barisan pemimpin parti komponen lain menyokong penuh keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan pihaknya melepaskan kerusi DUN Tronoh untuk ditandingi calon MIC pada PilihanRaya Umum Ke-13 nanti.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi MIC Perak, Datuk R Ganesan berkata, MIC tetap akan bertanding empat kerusi DUN dan kini tiga daripadanya sudah diketahui umum meskipun belum diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi BN Perak iaitu Hutan Melintang, Buntong dan terkini DUN Tronoh.
Bercakap kepadap pemberita selepas melawat SKJC Lawan Kuda, dekat Gopeng, Soi Lek berkata MCA bersetuju melepaskan DUN Tronoh yang merupakan kerusi tradisinya, kepada MIC untuk ditandingi pada pilihan raya umum nanti.
Chua berkata, langkah itu juga diambil bagi menghargai sokongan kaum India kepada BN dan berharap masyarakat berkenaan akan terus memberi sokongan penuh kepada semua calon parti komponen BN yang bertanding dalam pilihan raya.
Beliau juga menyeru, anggota MCA agar menerima keputusan itu dengan tenang serta menggunakan kebijaksaan untuk menilai bahawa keputusan berkenaan dibuat demi kepentingan BN.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan semangat perkongsian kuasa antara parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapat restu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Atas perbincangan panjang lebar, kita sedia menyerahkan kerusi Tronoh kepada MIC tanpa bersyarat kerana dalam pilihan raya, kita perlu mendapatkan sokongan semua bangsa untuk memastikan kemenangan BN.
“Kerusi boleh berubah, tiada yang tetap, justeru setiap kerusi perlu dilihat sebagai kerusi BN berbanding kerusi UMNO, MCA atau MIC, dan bersedia untuk melepaskan kepada komponen lain sekiranya ia mempunyai lebih potensi untuk menang,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Dun itu dimenangi calon DAP V.Sivakumar dengan majoriti 2,571 mengalahkan calon BN Lee Kim Choy d

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.