Google+ Followers

Wednesday, April 10, 2013

Jahanam...ditoron bergilir-gilir 4 remaja lelaki




*foto ini cuma illustrasi sahaja bukan gambar sebenar mangsa.


Seorang lagi budak sekolah rendah baru Darjah 5 telah dilanyak oleh rakan remajanya yang baru dikenali. Memang haram jadah betoi budak-budak sekarang ni kebanyakan dari mereka ini tercicir sifat moralnya dan rosak akhlak. Budaya lepak yang negatif boleh mencenderungkan mereka ke arah kegiatan tak bermoral termasuk jenayah seks ini. Kepada adik-adik yang perempuan terutama melayu yang muslim jagalah diri baik-baik, ikutlah adat dan tatasusila hukum syarak sebagai orang islam janganlah terlalu bebas bergaul peliharalah kehormatan diri itu.

Berita ini dilaporkan oleh sebuah akbar tempatan, ikuti kisahnya ;




Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh empat remaja lelaki ketika berkunjung ke rumah teman lelaki rakannya di Balik Pulau, Pulau Pinang, Rabu lalu.




Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mendakwa dipelawa rakan perempuannya untuk berbual kosong di rumah berkenaan yang ketika itu terdapat lapan remaja lelaki sedang melepak.




Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata siasatan mendapati mangsa mengenali empat daripada lapan remaja lelaki itu sejak empat bulan lalu.




Katanya, seorang suspek dikatakan menarik tangan mangsa ke bilik, sebelum diikuti tiga lagi remaja lelaki yang kemudian bertindak mengunci pintu bilik daripada dalam.




Beliau berkata, mangsa dipaksa membuka pakaian tetapi enggan sebelum dibogelkan semua suspek yang turut menutup mulut mangsa bagi mengelaknya menjerit ketika dirogol secara bergilir-gilir.




“Selepas kejadian itu, mangsa dan rakannya pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat beberapa jam kemudian.

“Sehubungan itu, polis menahan dua remaja lelaki yang juga pasangan adik-beradik berusia 14 dan 16 tahun bagi membantu siasatan dengan hasil soal siasat mengaku merogol mangsa,” katanya di sini, semalam.




Mohd Hatta berkata, pihaknya kini masih menyiasat kes berkenaan dan sedang menjejaki dua lagi rakan suspek yang turut merogol mangsa.




“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dengan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau tidak lebih 20 tahun atau sebatan,” katanya.