Friday, April 19, 2013

Sah maklumat diterima tepat





Antara aksi dalam klip video skandal seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tersebar di internet baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 18 April - Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan seorang lelaki Thailand mirip wajahnya untuk menjadi saksi dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di sebuah madrasah di Permatang Pauh malam esok mengesahkan segala desas-desus mengenainya sebelum ini adalah benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, berdasarkan perkembangan terkini itu, apa yang pasti maklumat yang diterima oleh pihak tertentu sebelum ini adalah tepat dan bukannya dibuat secara melulu.

Ujar beliau, semuanya itu berkaitan dengan usaha Anwar untuk melakukan apa sahaja asalkan video seks tersebut tidak lagi dikaitkan dengannya.

‘‘Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, SD Johari dalam satu kenyataan akhbar telah mendesak Anwar mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur sama dengan Anwar gagal.

Lelaki berkenaan difahamkan akan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam pada awal pagi esok.

Pada 3 April lalu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari ‘pelanduk dua serupa’ di Thailand bagi menyelamatkan Anwar daripada isu moral yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan antara lain menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.

Kata Awang, jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak lama dulu.

Difahamkan Anwar akan menampilkan lelaki Thailand itu buat pertama kali di Madrasah An-Nadhoh, Kampung Petani, Permatang Pauh pada pukul 7.30 malam.

Dalam perkembangan sama SD Johari berkata, sekiranya rancangan Anwar itu mengikut jadual, beliau yakin Ketua Pembangkang tersebut akan mengusung lelaki berkenaan di pentas ceramah di seluruh negara.

‘‘Jika benar lelaki ini wujud saya minta Anwar bawa lelaki ini ke mahkamah. Kemudian panggil Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan tanya pada beliau sama ada kenal atau tidak lelaki ini.

‘‘Jangan berani di pentas ceramah sahaja. Bawa lelaki ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan kebenaran," katanya




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130419/po_05/Sah-maklumat-diterima-tepat#ixzz2QtxXP4Br
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.