Friday, April 19, 2013

ANWAR BERJANJI BERSARA







INSAN MUNAFIK

Penipuan keempat. Penipuan bekas pemimpin kedua UMNO. Penipuan ini berlaku ke atas diri saya sendiri mulai tahun 1961 apabila saya di tingkatan Lima Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Pada tahun itulah saya diperkenalkan dengan seorang pelajar tingkatan bawah untuk menyelamatkan beliau dan murid-murid yang lebih tua yang agak rakus dan kurang bermoral.

Saya selaku Setiausaha Badan Agama, yang saya tukar namanya kepada Badan Revolusi Agama, telah diminta oleh guru agama kami, Allahyarham Ustaz Ghazali, untuk menjaganya.

Saya serahkan kepimpinan Badan Revolusi Ugama (BRU) kepada seorang rakan lain, Ungku Hashim (adik bekas ahli Parlimen Ungku Mohsein) dengan nasihat untuk menyerahkankepimpinan BRU kepada Anwar apabila beliau sudah lebih dewasa.

Kemudiannya saya, selaku Eksekutif Bank, membantu kegiatan beliau di Universiti selaku penasihat kewangan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Membantu dari segi kewangan untuk menjayakan sekolah dan percetakan milik beliau dan Daud Seman. Melibatkannya dalam membangun koperasi.

IKHLAS MEMBANTU
Kemudian dengan bantuan pertumbuhan belia yang saya pimpin dan kawan-kawan yang lain, beliau dinaikkan tahap dalam pertubuhan belia nasional.
Saya dan kawan-kawan saya dalam pertumbuhan belia dan pergerakan Pemuda UMNO, turut membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda.
Menegur, menasihati dan mengkritik beliau apabila terkesan penyelewengan.


Beliau tidak suka ditegur.Beliau menjadi tamak dan lalai kerana kekayaan.
Beliau menjadi sombong kerana berpengaruh. Beliau menjadi bernafsu, rakus dan kejam kerana berkuasa. Beliau mengelak kawan-kawan yang berani menegurnya seperti Sdr. Ibrahim Ali dari Pasir Mas dan Ustaz Osman Bakar dari Kampong Gajah.


Beliau lupa kepada yang berbudi padanya. Beliau khianati agama yang menjadi pakaiannya. Beliau mendurhakai bangsa yang mengangkatnya.
Wajah, gaya dan kekayaan menjadi modal untuk melayan nafsunya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.