Friday, April 19, 2013

Usia Bukan Halangan...








Tengku Razaleigh Hamzah


GUA MUSANG - Tengku Razaleigh Hamzah yakin dapat mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Gua Musang berikutan rakyat masih menyokongnya serta kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri mahu saya terus kekal menjadi calon di Parlimen Gua Musang, dengan harapan saya menggunakan pengaruh saya bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Star di sini hari ini.

Tengku Razaleigh, 76, yang juga Pengerusi BN Gua Musang berkata pada mulanya beliau merasa mahu menarik diri daripada menjadi calon kerana menganggap usianya sudah tua dan hanya beliau seorang sahaja pemimpin veteran Umno yang bertanding.

Bagaimanapun disebabkan permintaan Perdana Menteri, beliau akan terus memikul tanggungjawab dengan harapan rakyat di Gua Musang terus memberi sokongan kuat kepadanya, katanya.

"Bukan saya sahaja, tetapi juga untuk tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Paloh dan Galas.

"Mereka (rakyat) sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.