Tuesday, April 16, 2013

Senarai Calon BN #PRU13. Anwarinas Dalam UMNO Masih Wujud? Najib Kena Waspada? #TolakPR








PRU13 kebanyakkan orang bercakap inilah ibu kepada segala pilihanraya. Apa faktor yang mengukur kepada semua ini aku pun masih samar. Apakah disebabkan PRU12 BN gagal perolehi 2/3 majoriti ataupun ada sebab lain menyebabkan ramai menganggap inilah PRU paling getir.


Sejarah PRU12 perlu menjadi iktibar kepada seluruh pemimpin dan juga ahli UMNO. Atas sebab cantas mencantas sesama sendiri, kita telah hilang 5 negeri. Waktu itu pembangkang mendabik dada kononya mereka kuat, padahal UMNO sendiri yang sabotaj calon parti mereka.


Hari ini Pengerusi BN Malaysia (Najib) dan Pengerusi BN Negeri telahpun umum nama calon untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Seperti PRU 12, sudah pasti akan wujud kumpulan merajuk (Anwarinas) dalam tempoh saat hari penamaan calon.


Siapa kumpulan Anwarinas yang aku maksudkan? Cuba kita lihat sejarah. Anwar tidak akan arahkan pengikut beliau supaya wujudkan parti keadilan jika beliau seorang yang setia dengan UMNO. Masalah moral dan korupsi menyebakan beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada rakyat.


Jika benar Anwar seorang yang setia, sudah pasti beliau akur dengan keputusan mesyuarat yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana masalah skandal dan sebagainya.


Namun, Anwar Ibrahim tidak peduli dengan semua itu. Nafsu untuk mendapatkan kuasa bergelegak dalam jiwa Anwar ketika itu. Maka diarahkan balaci beliau wujudkan parti Keadilan untuk menentang UMNO.


Hari ini, semangat Anwarinas masih wujud dalam UMNO/BN. Mereka (ahli BN) yang tidak dicalonkan untuk bertanding atas tiket BN pada PRU13 ini sudah mula mencari jalan alternatif supaya boleh juga bertanding.


Kita jangan terkejut jika ada dikalangan mereka ini cuba berjinak dengan PAS atau PKR dalam masa terdekat ini bagi mencari tempat sebagai calon PRU. Pembangkang mula merisik mereka-mereka ini dalam tempoh krisis ini. Matlamat mereka bukan lagi perjuangkan bangsa atau agama, sebaliknya perjuangkan diri sendiri.


Inilah perangai Anwar yang masih wujud dalam UMNO/BN. Paling tidak, kalaupun mereka tidak berjinak dengan pembangkang, mereka ini akan bertanding atas tiket BEBAS.


Bagi aku, tindakan Najib Razak cukup bijak. Beliau dari awal dapat menghidu dari kupulan Anwarinas dalam UMNO/BN ini masih wujud. Maka telah diwujudkan satu peraturan, "mana-mana ahli UMNO yang sabotaj parti pada PRU13" akan boleh diambil tindakan disiplin.


Mungkin dengan cara ini penyingkiran Anwarinas dalam UMNO/BN akan berjaya walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko PRU13. Kumpulan Anwarinas selama ini bagaikan api dalam sekam. Mereka ini bagai talam dua muka yang hanya bergerak dalam diam menyebabkan Najib Razak sukar untuk mengesan.


PRU13 adalah waktu dan ketika yang cukup baik untuk Najib Razak mengenali betul-betul siapa Anwarinas dan siapa pula yang terus setia dengan parti BN. Demi negara, Najib harus berkeras dalam soal ini.


Najib Razak yakin dengan segala transformasi yang dilakukan oleh kerajaan selama ini menjadi pakej lengkap untuk pastikan BN menang pada PRU13. Bukan kita ingin mendabik dada, tetapi inilah realitinya. Rakyat mula kenal Najib seorang yang bekerja keras dalam mendahulukan rakyat.

Pelbagai isu yang menimpa pihak pembangkang menguatkan lagi sokongan pengundi kepada kerajaan. Ditambah lagi dengan kekuatan Akujanji BN dan kelemahan Manifesto Bukan Janji pembangkang.


Semoga transformasi politik yang Najib lakukan hari ini, menjadikan UMNO/BN terus relevan kepada rakyat sampai bila-bila. Allah akan membantu pihak yang benar.


Kepada Anwarinas dalam UMNO/BN yang kecewa tidak dapat menjadi calon, silalah bertanding BEBAS supaya mudah Najib kenal anda siapa.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.