Tuesday, April 16, 2013

Rakyat Labuan beri mandat kepada barisan nasional pru 13



 

Majoriti daripada lebih 5,000 pengundi kaum Cina di sini akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusi MCA Labuan, Datuk Chin Hon Vui.

Katanya, sokongan kaum Cina meningkat selepas kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat.

''BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia), BB1M (Baucar Buku 1Malaysia) dan PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) adalah antara inisiatif yang memikat hati komuniti Cina dan semua bantuan ini membantu meringankan beban rakyat kerana tidak semua orang Cina ini kaya,'' katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Labuan mempunyai 24,474 pengundi berdaftar.

Hon Vui berkata, Labuan akan terus menjadi kerusi Parlimen BN kerana penduduknya tidak mudah dipengaruhi propaganda pembangkang.

Katanya, kegiatan perniagaan di pulau itu juga merupakan antara faktor utama BN akan menang di Labuan.

''Tidak ada asas untuk menukar kerajaan jika tindakan itu hanya membawa impak negatif kepada komuniti perniagaan,'' katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi Parlimen Labuan dimenangi BN menerusi Datuk Yusof Mahal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.