Dadah, arak dan
pil seolah olah menjadi trend kepada masyarakat dunia kini sering kali
dikaitkan oleh remaja, akibatnya ia mengudang persepsi negetive golongan
muda mudi hari ini, ini berita dari seberang bilamana seorang model ini
dikatikan dengan dadah sehingga mengundang musibah kepada orang lain
dan dirinya sendiri
Anggota
polis Taman Sari (Indonesia) yang didakwa memiliki foto model, Novi
Amalia, yang hanya berpakaian dalam, mengaku memperolehi foto itu
daripada seorang wartawan.
Jurucakap polis
Jakarta, Rikwanto, semalam berkata, selepas disoal siasat, anggota
polis terbabit mengakui mendapat gambar itu daripada wartawan dikenali
sebagai WO.
“WO berada di
tempat kejadian ketika Novi ditahan selepas kereta dipandunya merempuh
tujuh orang dalam kemalangan jalan raya pada 11 Oktober lalu,” katanya.
Bagaimanapun,
Rikwanto berkata, polis belum dapat memastikan sama ada WO atau orang
lain yang mengambil gambar Novi. “Apa yang paling penting diketahui,
siapa memuat naik gambar Novi itu ke Internet.
“Individu yang
mengambil gambar dan bertanggungjawab memuat naik ke Internet mungkin
bukan orang yang sama,” katanya. Polis Jakarta Barat menyoal siasat
tujuh anggotanya yang bertugas di Taman Sari, termasuk ketua mereka,
Maulana Hamdan.
Novi - disyaki di bawah pengaruh dadah dan alkohol - ditahan dalam keadaan separuh bogel selepas kemalangan jalan raya itu.
Dua daripada tujuh mangsa dirempuh Novi ialah anggota polis. - Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.