Kenyataan terbaru Umi Hafilda Ali mengenai sifat munafik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilihat begitu terdesak sehingga sanggup mengunakan ibu sendiri untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini dilabel sebagai anak derhaka. Umi yang membuat kenyataan tersebut pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bandar Utama, Damansara Sabtu lalu menegaskan, tindakan abangnya itu sebagai munafik terlampau.
Ia ekoran dari
tindakan Azmin yang cuba menipu dan menagih simpati masyarakat dengan
memaparkan gambarnya bersama Mak Tom bagi membersihkan imejnya yang
tercalar. Sebelum ini ibu kandungnya, Che Tom Yahaya atau lebih dikenali
dengan panggilan Mak Tom tampil meluahkan kekecewaan hatinya berhubung
tindakan Azmin yang langsung tidak pulang ke rumah melawatnya walaupun
tinggal berdekatan.
Tidak cukup
dengan itu, Mak Tom juga merasakan kenyataan balas Azmin yang mengatakan
dia menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan
anak sendiri sebagai derhaka dan biadap.
Wahai Azmin,
tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak
sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga
didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga
didalangi UMNO?
Ekoran kenyataan
Mak Tom itu, majoriti masyarakat mula merasakan ada sesuatu yang tidak
kena dan mempersoalkan kredibiliti Azmin selaku pemimpin. Masyarakat
mula memandang serong terhadapnya yang dilihat terlalu mengagungkan
insan bernama Anwar Ibrahim berbanding ibu kandung dan keluarganya
sendiri.
Umi turut
berpesan kepada Azmin agar jangan cuba mempolitikkan isu ‘Tanggang’ ini,
kerana telah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke rumah berjumpa dengan
ibunya itu bermula dari bulan Ogos 2011.
Tambah
menyedihkan ketika ibu sedang sakit terlantar di hospital, tindakan
Azmin yang menyelinap dan mencuri masuk selepas jam 12 malam itu, bukan
untuk memohon kemaafan tetapi hanya ingin mencari keuntungan politik.
Lebih malang lagi, dia turut menghalau orang gaji Umi yang yang pada
ketika itu sedang menjaga Mak Tom kerana telah diberikan ‘heavy
sedation’ oleh doktor kerana retak di kepala.
Sandiwara Azmin
seolah-olah tiada sempadan apabila langsung tidak menghormati ibu yang
sedang menderita sakit semata-mata untuk memastikan jurugambarnya dapat
mengambil gambar yang terbaik bagi membodohkan masyarakat. Malah dia
turut mengunakan anak-anaknya yang dimasukan sekali di dalam gambar
tersebut bagi menolak dakwaan yang dikemukan sebelum ini.
Tidak tahan
dengan sandiwara dan drama yang cuba dipertontonkan oleh Azmin itu, Umi
lantas tampil membuat kenyataan dan menyelar tindakan tersebut. Umi
turut mengatakan sekiranya semua kenyataannya ini fitnah dan tidak
benar, maka dia mencabar Azmin untuk membuat laporan polis atas dakwaan
fitnah jenayah, mengemukakan saman terhadapnya atau membuat sumpah
laknat berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Andai diteliti
gambar-gambar tersebut, semua dakwaan yang dikemukan oleh Umi itu, ada
kebenaranya. Tambahan pula, Azmin gagal memuatnaik sebarang gambarnya
sedang berbual mesra dengan ibunya, bagi menolak dakwaan fitnah yang
dikatakan kepadanya sebelum ini.
Rationalnya,
sekiranya benar semua yang dikatakan sebelum ini adalah fitnah
semata-mata, gambar-gambar yang dimuatnaik sepatutnya lebih memaparkan
Azmin sedang berbual mesra bersama ibu tercinta. Dan seperti kata Umi,
bersamalah kita tunggu kenyataan sebenar Mak Tom berhubung peristiwa ini
yang nyata begitu kecewa dengan tindakan anak kandungnya itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.