Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden,
Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai
Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang,
Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.
Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar
selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Azmin.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada
perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin
dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut
diselubungi masalah moral kronik.
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak
beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini.
PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah
mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami
melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami
membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis
Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam ini. -
UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.