Google+ Followers

Sunday, May 19, 2013

RAHSIA DAP DI BELAKANG MALAYSIA SPRING

ORANG-ORANG SURUHAN DAP

Seorang pembaca yang tidak mahu namanya disebut di sini berkata beberapa individu Melayu yang dibayar DAP telah diarahkan menjadi koodinator dan ‘muka hadapan’ untuk mengerakkan road show protes jalanan ke arah menumbangkan kerajaan melalui Malaysia Spring.

Malaysia Spring merujuk kepada model revolusi Timur Tengah yang dikenali sebagai Arab Spring.
“DAP bijak. Mereka tidak mahu jadi ‘muka hadapan’, walaupun mereka sebenarnya dalang. Jadi mereka arahkan beberapa individu Melayu dibayar jadi ‘muka hadapan’ seolah-olah pengerakan itu digerakkan oleh ‘muka Melayu’.
“Kaji sedalam-dalamnya tokoh Melayu mana DAP berkempen bersunguh-sunguh untuk jadi PM ke-7. Kaji balik kenyataan Razali, semua ini ada perkaitan,” kata pembaca itu.
Agendadaily melaporkan Himpunan Blackout 505 di Seremban semalam adalah siri kelima rentetan siri himpunan dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh dan Kuantan.
“Masuk himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.
“Sudah la tu…gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.
“Kebetulan kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.
“Ibarat macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ‘ tipu..tipu’ semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13,” lapor portal itu.
Pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan untuk menjadi jurucakap bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu.
IB menamakan salah seorang yang dibayar itu adalah Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu.
Mat Sabu pernah mengaku, ‘ada pihak tolong bayar’ kepada CN Afghani, apabila ahli seumur hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yang dipakai oleh Timbalan Presiden Pas itu.
Semasa berkempen dalam PRU 13 baru -baru ini, Mat Sabu mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai adiknya sendiri.
“Guan Eng itu Cina bukan? Dia Cina bukan? Dia orang Cinakan? Tetapi dia adik saya,” katanya ketika berceramah di Padang Kota Lama, 3 Mei.
Mat Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang, Kedah telah tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi.
Sebelum ini, pada PRU 2008, Parlimen Pendang adalah milik Pas, apabila calonnya, Dr. Mohd. Hayati Othman menewaskan calon BN, Datuk Paduka Md. Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.
Bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mengesahkan Mat Sabu memang dibayar DAP dan beliau sendiri yang menjadi perantaranya.
Sudah 5 tempat Himpunan haram 505 diadakan, semuanya majoriti Cina DAP yang hadir kerana diarah oleh DAP, tukang ucapnya Anwar Ibrahim. Bahasa kasarnya, Himpunan Haram 505 adalah sebenarnya Himpunan DAP!!! Orang Islam dan orang Melayu kena sedar. Kini semakin ramai pemimpin PAS menerima keputusan PRU13 kerana mereka sudah melihat siapa di belakang 505 ini. Bukannya Anwar tetapi DAP, di mana DAP mengambil kesempatan atas kekecewaan Anwar itu.