Alhamdulillah.
Inilah kedudukan BN dalam media siber ketika ini. Ya, BN pernah
ketinggalan jauh pada PRU 2008 yang lalu, atau lebih tepat hampir NON
EXISTENCE. Sebab itu mereka berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat dan
mewujudkan gelombang TSUNAMI.
Namun,
berkat usaha keras para sukarelawan dan rakyat yang sayangkan agama,
bangsa dan negara, BN kembali bangkit perlahan-lahan semenjak itu. Kini
sudah hampir LIMA tahun dan BN bukan setakat berjaya menyaingi, bahkan
mendominasi pengaruh media siber di negara ini. Terima kasih kepada
semua rakyat Malaysia yang menyokong, kerana tanpa sokongan anda semua,
statistik di atas tidak mungkin dapat dicapai!
Kami
percaya tanpa berkat dan pertolongan Allah SWT juga, pencapaian ini
tidak mungkin dapat dikecapi. Ayuh kita sama-sama gandakan lagi usaha
kita untuk pecutan terakhir ini dan pastikan Pakatan Haram kekal
membangkang untuk LIMA TAHUN lagi! Insya ALLAH!
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.