Friday, May 3, 2013

PANAS TERIK!!! APA KAITAN MAJLIS PROFESOR NEGARA DENGAN BN NIH !!!! MENCURIGA BETUL !!!






















Kajian oleh Majlis Profesor pd minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas. 
BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan. Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%.
Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas.
BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebanyak 55% responden di zon pantai timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. Dari segi parti pilihan, 51% responden di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.
Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN. Sebanyak 65% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 35% sokongan. Dari segi parti pilihan, sebanyak 62% responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.
Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.