Google+ Followers

Saturday, April 6, 2013

Pas Hanya Langsi Dengan Umno , Tapi Dengan DAP? YES BOSSSS!!!


 


Isu pengharaman judi di Kelantan oleh Kerajaan PAS sejak tahun 1990 hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Apabila digertak oleh DAP baru-baru ini, Kerajaan PAS menjadi takut dan bagaimanakah PAS nak wujud negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud ?

Hendak kekalkan pengharaman judi pun menjadi teragak-agak. PAS hanya berani dan nampak garang dengan UMNO sahaja tetapi menjadi penikus apabila berdepan dengan DAP. Inilah wajah-wajah buruk PAS yang perlu ditolak oleh seluruh orang-orang Melayu di negara ini demi untuk orang-orang Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.

Dulu, menjelang PRU-12 pemimpin tertinggi PAS ada berkata, UMNO tidak perlu datang ke Kelantan untuk membela Melayu Kelantan. Melayu Kelantan dikatakan o.k oleh Nik Aziz dan semua penceramah upahan PAS, dan meminta UMNO pergi sahaja ke Pulau Pinang untuk membela Melayu Pulau Pinang. Hari ini bagaimana ?

Apa-apa penindasan oleh DAP kepada Melayu di Pulau Pinang, PAS hanya menjeling mata sahaja dan tidak berani menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dalam mana-mana ceramah PAS di Kelantan, pemimpin tinggi PAS langsung tidak timbulkan isu tersebut dan sentiasa mendakwa dengan perasaan syok sendiri sambil berkata bahawa DAP sudah menerima kefahaman Islam. Tetapi tidak menyatakan pula sudah berapa ramai ahli DAP yang bukan Islam telah memeluk Islam.

Pada PRU-12 (2008) di Pulau Pinang, Melayu Pulau Pinang memberi undi kepada pakatan pembangkang kerana PKR dan PAS telah berjanji akan menjaga Melayu Pulau Pinang dengan sebaik-baiknya. Hari ini apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut ? Satu negeri Pulau Pinang yang kecil pun tidak terjaga kepentingan Melayu dan bagaimana pula PAS mampu jaga Melayu seluruh Malaysia ?  Nik Aziz sentiasa memuji KM P. Pinang LGE @ Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tetapi seorang Y.B DUN daripada PAS tidak pula dilantik sebagai exco negeri.
Pembaca hendaklah sedar, ulama politik PAS, pemimpin lain dalam PAS, penyokong PAS dan semua ahli PAS adalah penduduk pribumi @ penduduk asal negara ini tetapi bertuankan bangsa lain dalam DAP. Logik ke ? dimanakah letaknya maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam ? PAS sebenarnya perlu dihapuskan dalam peta politik tanahair demi untuk bangsa Melayu, generasi Melayu dan agama Islam.

Di ruangan ini saya sebenarnya tidak mahu meninggalkan apa yang pernah saya perkatakan sebelum ini. Saya mahu ulang! ulang! ulang! dan terus mengulanginya sehingga perkara yang diulang-ulang itu dapat difahami oleh orang-orang Melayu. PAS sebenarnya sentiasa berkorban demi untuk DAP.

Hasrat DAP untuk melihat kaum Cina menjadi tuan besar di bumi Melayu ini seperti di negara Singapura pasti akan terlaksana jika bangsa Melayu itu terus memberi undi kepada PAS pada mana-mana PRK atau PRU-13 kelak. Ingat ! PAS ialah rakan kongsi DAP dalam gabungan pakatan pembangkang yang sangat arkab seperti isi dengan kuku. Awaslah wahai orang-orang Melayu sebelum Melayu hilang kuasa.