Di ruangan ini saya akan menghuraikan makna perkataan “politik”, dan perkataan politik itu adalah berbeza di antara sesebuah negara. Perkataan politik ini jika diterjemahkan oleh negara Republik Rakyat China adalah berbeza dengan negara Taiwan, atau negara Romania, atau di Amerika Syarikat atau pun di Britain.
Di negara Republik Rakyat China ada aktiviti politik tetapi hanya satu parti politik sahaja iaitu Parti Komunis China. Di Amerika Syarikat hanya ada 2 buah parti sahaja yang terlibat dalam politik. Di Britain lebih daripada 2 parti politik terlibat. Di negara Arab Saudi ada aktiviti politik di kalangan pemerintahan beraja hingga wujudnya beberapa jawatan Penasihat Politik kepada Raja atau Penasihat Politik kepada Putera Mahkota atau lain-lain.
Dalam bahasa mudah, perkataan “politik” yang diterjemahkan di beberapa negara adalah berbeza di mana ada negara yang tidak mengamalkan demokrasi, dan ada pula negara yang mengamalkan demokrasi. Yerjemahan perkataan “demokrasi” juga adalah berbeza di antara satu negara dengan satu negara lain. Perkataan “demokrasi” biasanya dikaitkan dengan sistem Pilihan Raya di sesebuah negara.
Sebelum kita memahami sistem Pilihan Raya di negara ini dengan lebih lanjut, kita hendaklah mengkaji dan memahami sistem pemerintahan dan pentadbiran yang menjadi amalan di negara ini. Tanpa memahami apa yang penulis perkatakan di sini maka kita tidak akan memahami perkataan “politik” di negara kita yang mengamalkan “Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan”.
Sehubungan dengan itu, apabila kita ingin mengaitkan bahawa Rasulullah pun terlibat dalam politik maka kita hendaklah mengaitkan juga aktiviti Rasulullah. Adalah dakwah itu selari dan mempunyai persamaan dengan aktiviti-aktiviti politik PAS di negara ini yang suka maki hamun orang, pakai serban dan kupiah putih sambil mengibarkan bendara DAP yang menentang penubuhan negara Islam dan berbagai-bagai lagi?
Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS hendaklah sentiasa takut akan kemarahan Allah dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama Rasulullah terlibat dalam politik. Ini kerana dibimbingi Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS tidak berpeluang dapat meminum air dari kolam Nabi s.a.w. di akhirat kelak kerana sering mengaitkan nama Baginda untuk mencapai kemenangan dalam perjuangannya yang sememangnya salah di sisi ajaran Islam.
Berdakwah adalah berdakwah. Berdakwah dalam politik adalah BIDAAH dan perlu ditolak kerana Bidaah yang membawa keburukan perlu ditolak, sementara Bidaah yang membawa kebaikan boleh diterima atau diamalkan. Ini bermakna PERJUANGAN PAS DALAM POLITIK TANAHAIR ADALAH “BIDAAH” mengikut fahaman saya.
Berikut ialah terjemahaan secara standard makna politik yang dikeluarkan oleh International Peace Reaserch Institute (IPRI), Oslo, Norway:
Sebuah pertubuhan politik, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan kerajaan, berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, sama ada melalui pilihan raya yang telus atau tidak telus, atau melalui syarahan, propaganda, demostrasi, atau melalui rampasan kuasa, atau melancarkan peperangan bersenjata dengan kerajaan, atau melalui cara-cara lain yang boleh menyebabkan kerajaan yang sedia ada itu tumbang.
Rasulullah s.a.w. sebenarnya tidak terlibat dalam mana-mana pertubuhan politik seperti mana yang sentiasa diperkatakan oleh Nik Aziz itu. Itu hanya rekaan Nik Aziz sahaja supaya orang-orang Melayu menyokong perjuangannya untuk menjadi PM yang ke 7 selepas PRU-13 kelak.
Di negara ini huraian di atas boleh di terima pakai dan dakwaan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS bahawa Rasulullah s.a.w. pun terlibat dalam politik adalah tidak benar dan karut semata-mata. Jika benar Nabi Muhammad s.a.w. terlibat dalam politik, apa nama parti politik Rasulullah? Rasulullah bertanding di kawasan Parlimen atau DUN mana? Berapa penggal Rasulullah menjadi Ahli Parlimen atau DUN?
Jika kita ingin kaitkan Rasulullah juga terlibat dalam politik, maka kita hendaklah kaitkan juga salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dihuraikan di atas mengenai perkataan politik pernah dilakukan oleh Rasulullah, dan yang sebenarnya Rasulullah hanya berdakwah sahaja tanpa terlibat dengan politik.
Begitu juga dengan Nabi Musa, Allah utuskan Nabi Musa supaya berdakwah kepada Firaun dengan perkataan-perkataan yang baik dan lembut. Allah tidak pula mengutuskan Nabi Musa supaya merampas kuasa pemerintahan daripada Firaun. Ini sangat berbeza dengan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang mengutamakan kuasa pemerintahan dan bukannya untuk tujuan berdakwah.
Cuba Nik Aziz fikir, kenapa Allah s.w.t. takdirkan Firaun menjadi Raja Mesir setelah beribu-ribu tahun wafatnya Nabi Yusuf? Jika begitu, tak payahlah Allah wujudkan Firaun menjadi Raja Mesir, lantik saja Nabi Musa sebagai Raja Mesir ! Itu semua ada hikmah disebalik kewujudan Firaun, Raja Namrud dan Raja-Raja lain di zaman sebelumnya. Nik Aziz perlu banyak belajar lagi.
Saya ingin membawa pembaca sekalian, cuba kita renong semasa kita di awal usia dulu iaitu ketika berada di darjah 1 atau darjah 2 atau darjah 3, atau darjah 4, atau darjah 5, atau pun di darjah 6. Ibu bapa kita atau penjaga kita atau diri kita sendiri sudah mempunyai cita-cita untuk kita menjadi apa apabila besar kelak.
Ada yang ingin jadi seorang doktor, atau guru, atau misi (jururawat), atau polis, atau tentera ataupun juruterbang tentera, atau saintis. Terdapat juga ibu bapa atau penjaga ingin mencorakan anak-anak mereka sebagai ustaz atau imam dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, dan tidak terdapat langsung dalam kepala, senarai cita-cita masa depan untuk menjadi “penceramah politik Pas”, atau menceburi di bidang politik.
Setelah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama, anak-anak mereka membesar dan memasuki universiti di bidang agama. Ringkas, di universiti anak-anak mereka itu didedahkan dengan politik ala Islam oleh pemimpin tertentu dalam PAS dan begitulah seterusnya hingga mereka tamat pengajian.
Sebenarnya, dengan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu adalah tidak cukup kelayakan untuk memerintah negara tanpa ilmu-ilmu lain seperti pengurusan pentadbiran atau kewangan, perkembangan dunia semasa berkaitan politik, keselamatan, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.
Bagi melayakan seseorang itu menjadi juruterbang kapalterbang penumpang ialah lulus semua ujian penerbangan di samping mempunyai kesihatan badan yang baik termasuklah daya penglihatan demi hanya untuk menjaga keselamatan penumpang berjumlah di antara 300 hingga 1,000 penumpang sahaja dalam satu-satu penerbangan.
Ia berbeza dalam politik iaitu untuk menjaga keseluruhan rakyat termasuk pendatang asing seperti pelancong, pelabur asing dan lain-lain. Perkara ini hendaklah difikirkan semasak-masaknya oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang hanya mempunyai kelulusan pengajian agama. Kelulusan agama adalah tidak layak menceburi di bidang politik. Jawatan yang sesuai ialah menjadi pendakwah dan cita-cita untuk menjadi kaya dengan rumah besar, memakai kereta bapak Mercedes atau bapak BMW hendaklah dihilangkan dalam fikiran kita.
Sebenarnya saya tidak berasa pelik atau hairan apabila melihat seseorang berimej Islam yang tinggi tetapi kuat menipu, atau membuat fitnah atau menyebar ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan ajara-ajaran sesat yang lain, dan berbagai-bagai lagi kerana syaitan-syaitan itu berada di mana-mana. Syaitan-syaitan itu boleh duduk di atas serban putih untuk mencuri dan menawan hati anak Adam yang lain dan begitulah seterusnya. Syaitan juga boleh duduk di atas kedua-dua belah bibir kita untuk mengawal tutur kata kita supaya sentiasa bercakap kotor seperti Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuklah ustaz-ustaz PAS.
Syaitan itu juga boleh masuk ke dalam aliran darah kita dan berbagai-bagai lagi. Sesiapa yang ada banteng Al-Quran dalam dirinya, pastilah syaitan itu akan berputus asa dan gagal memperdayakannya.
Mengenai perkataan ceramah, Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS berkata bahawa ceramah ialah berdakwah. Ini pun nak tipu lagi. Air kopi dikatakan air sirap. Penulis tidak berminat untuk menghuraikannya dengan panjang lebar.
Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS di Sarawak semasa menjelang PRU Sarawak Ke 10 (16 April 2011) yang lalu di mana mereka berkata penyertaan PAS dalam Pilihan Raya itu adalah untuk berdakwah. Pemimpin PAS berkata bahawa PAS meletakan calon kerana ingin berdakwah. Cakap pun tak pandai, bagaimana boleh orang mempercayainya?
Saya berpendapat bahawa makna ceramah ialah memberi ucapan atau syarahan mengikut pandangan atau pendapat seseorang itu sama ada apa yang diperkatakan itu adalah benar atau palsu. Dalam bahasa mudah makna ceramah ialah mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut sahaja, sementara makna dakwah ialah berkata benar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah melalui firmanNya iaitu Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w.
Jika benar berceramah itu adalah berdakwah, berdakwah apa yang Nik Aziz kata itu. Nik Aziz kata dalam ceramahnya bahawa kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu ada niat baik untuk membantu kita menubuhkan negara Islam, syaitan mana? Ini bermakna dakwah PAS adalah dakwah bohong dan hanya untuk kepentingan politik sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.