Saturday, April 6, 2013

Gempar!!!!! Surat Puaka Buat Wali Selipar 4






Seperti biasa penulis ingin mengingatkan orang-orang Melayu kerana masa masih belum terlewat. Tahukah orang-orang Melayu? Semua akhbar-akhbar berbahasa cina sentiasa memburukan orang-orang Melayu dan pemimpin Melayu daripada parti UMNO. Mereka berani berbuat demikian kerana PAS sentiasa memusuhi UMNO dan kesempatan ini pula diambil oleh akhbar-akhbar cina.

Peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar cina itu sebenarnya sudah berjaya sejak sekian lama, dan lihatlah keputusan PRU Sarawak Ke 10 (16 Apr 2011) yang lalu. Parti DAP berjaya menambahkan kerusi DUN Sarawak daripada 6 kerusi sebelum ini kepada 12 kerusi. Kejayaan DAP itu juga kerana disokong oleh pengundi-pengundi Melayu daripada PAS yang sentiasa mengibar bendera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Orang-orang Melayu mesti ingat, sehingga ini pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah-belahkan dan mengkucar-kacir orang-orang Melayu di negara Melayu ini, dan di masa yang sama telah berjaya dalam misi mereka untuk menyatukan kaum mereka iaitu kaum cina.

Hasrat mereka untuk melihat kaum cina menjadi tuan besar di negara Melayu ini pasti akan terlaksana jika orang-orang Melayu terus memberi undi kepada PAS yang berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Ingat Melayu ! sebelum kuasa Melayu menjadi layu di Tanah Melayu yang sentiasa layu dengan pujuk rayu PAS !

Kembali kepada perkembangan politik tanahair, sekali lagi penulis meminta para pembaca supaya jangan ada perasaan membencikan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain serta penyokong-penyokong PAS. Kita orang Islam dan hendaklah sentiasa menunjukan semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam. Penulisan ini hanya bermatlamatkan supaya orang-orang Melayu boleh berfikir dan mampu menggunakan otak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kita.

Jangan sekali-kali apabila kita berada dalam politik kita meletakan diri kita seperti  penyokong pasukan bolasepak di padang bola. Kita orang Islam, akal kita kena kuat dan bagus, mampu bezakan yang mana ulama politik dan yang mana ulama sebenar-benarnya. Rajin-rajinlah baca Al-Quran dan lihatlah tafsirnya supaya kita mengerti makna dan maksud dalam satu-satu Ayat Al-Quran itu. Berjumpalah dengan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf supaya kita mendapat ilmu yang betul dan bukannya mendapat ilmu agama di setiap ceramah politik PAS.

Hari ini ulama politik PAS mempunyai ramai pengikut setia kerana kesemua penyokong-penyokong PAS itu adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ilmu dunia dan ilmu akhirat secukupnya. Mereka percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS lain, dan diburukan lagi kerana otak-otak mereka sebenarnya sudah tidak berfungsi lagi.

Sesungguhnya mereka bergantung hidup kepada pemikiran salah yang sampaikan kepada mereka oleh Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS yang bergelar ulama politik PAS.

Contoh terbaik untuk pembaca menilainya, penyokong-penyokong kuat PAS hari ini dan sejak sekian lama sentiasa melaung-laungkan Islam! Islam! Islam!, tetapi tidak mampu mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran, sebaliknya menghantar anak-anak mereka belajar Al-Quran di rumah-rumah orang atau di pusat-pusat pengajian Al-Quran.

Kata berjuang untuk Islam, didiklah sendiri anak-anak kita. Masalah sekarang, penyokong-penyokong PAS itu sendiri tidak pandai ilmu Al- Quran dan bagaimana boleh mengajar anak sendiri. Inilah dikatakan perjuangan palsu yang bertopengkan Islam. Bagaimana pula mereka boleh hadir dengan ramai sekali dalam mendirikan solat HAJAT di padang bola atau di stadium atau solat JENAZAH kepada ahli-ahli mereka? Ini bukan tuduhan, di akhirat esok sendiri jawablah.

Apabila ulama politik PAS kata wahai penyokong-penyokong PAS, kibarlah bendera DAP maka dengan pantas mereka pun mematuhi perintah itu. Otak mereka sudah mati dan saya rasa malu dan geli apabila melihat penyokong-penyokong PAS yang memakai kupiah putih dan berjubah bersama muslimah PAS yang bertudung sanggup mengibarkan bendera DAP di hari penamaan calon PRK sambil melaung-laungkan takbir ! takbir ! takbir!

Nak katakan bodoh tidak, nak katakan pandai pun tidak kerana mereka itu adalah ahli parti politik berteraskan Islam. Kibar bendera DAP yang menentang penubuhan negara Islam itu boleh masuk syurga ke? Boleh ! syurga membeli-belah di KB Mall atau di TESCO Kota Bharu.

Adakah cara begitu disuruh oleh Nabi s.a.w. kita ? jawapannya adalah tidak. Begitulah rendahnya mutu kehidupan penyokong-penyokong PAS di negara ini yang dapat kita saksikan, terutamanya di Kelantan di mana pemikiran mereka sebenarnya sudah dirosakkan oleh Nik Aziz dan konco-konconya. Tak apa ! Itu hak masing-masing kerana manusia mempunyai kehendak yang berbeza.

Atas kesedaran inilah penulis hanya sekadar meminta supaya seluruh orang-orang Melayu di negara ini tidak lagi akan terus menyokong perjuangan PAS yang bertopengkan Islam dalam mana-mana PRK atau PRU-13 akan datang demi untuk kesejahteraan bangsa Melayu itu sendiri, generasi Melayu dan agama Islam.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.