Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diedarkan ke 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) BN di seluruh negara mulai malam ini sebaik dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, semua pegawai PDM berkenaan akan diminta mengedarkan manifesto yang dicetak dalam pelbagai bahasa itu ke setiap rumah di kawasan masing-masing.
"Kita juga akan memanggil 2,500 penceramah BN menghadiri kursus tambahan khas berhubung dengan manifesto supaya mereka dapat memberi penerangan lebih jelas kepada rakyat.
"Jentera BN akan diminta mengedarkan manifesto pelbagai bahasa ini kepada rakyat mulai malam ini juga bagi memastikan mereka dapat memahami dan menghayatinya," katanya kepada pemberita selepas menemui jentera BN kawasan Parlimen Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, di sini hari ini.
Beliau berkata, manifesto yang dilancarkan malam ini adalah yang terbaik dan dirangka oleh perdana menteri sejak setahun lepas setelah mengambil kira pelbagai faktor.
"Kita berharap rakyat akan dapat meneliti manifesto ini dengan baik dan menganggapnya sebagai satu janji yang akan ditepati," katanya.- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.