Monday, May 20, 2013

Kepimpinan Ditaktor Dap...

Kiri Tan Tuan Tat, R. Ramanan, David Dass, Tunku Abdul Aziz

Kedegilan pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) menunjukkan mereka khuatir akan kalah dalam pemilihan tersebut.

Berikut adalah kenyataan pemimpin-pemimpin akar umbi parti dan bekas pemimpinnya sebelum ini yang mempertikaikan tindakan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berdolak-dalik dalam mengadakan semula pemilihan CEC:

Bimbang kalah

l Guan Eng didakwa takut kalah jika pemilihan CEC diadakan semula ekoran wujud keraguan dalam pengiraan undi pemilihan parti itu Disember lalu.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dilihat sengaja melengah-lengahkan masa juga menunjukkan sikap angkuhnya.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi tempoh yang panjang kepada DAP untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun parti itu tidak memberi sebarang maklum balas.

l Guan Eng didakwa lebih rela melihat Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Ini kerana beliau dikatakan bimbang tersingkir bersama konco-konconya jika DAP diarah mengadakan semula pemilihan itu melibatkan sebanyak 2,576 perwakilan termasuk 753 perwakilan yang tidak mengundi sebelum ini.

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, beliau ada mendengar khabar angin tentang Guan Eng yang risau keputusan pemilihan itu mungkin tidak akan berpihak kepadanya.

Takut disiasat

l Tindakan Guan Eng memanipulasi isi kandungan surat ROS kerana takut ROS meneruskan siasatan terhadap aduan oleh ahli-ahli DAP mengenai penipuan dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, sandiwara sama turut dimainkan bapanya, Lim Kit Siang yang menangis sebaik sahaja membaca surat ROS itu.

"Guan Eng berbohong mengenai isi kandungan surat ROS dan tindakan Kit Siang menangis ketika membaca surat ROS adalah taktik kotor mereka.

"Mereka takut jika ROS meneruskan siasatan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh ahli DAP mengenai penipuan dalam pemilihan CEC pada 15 Disember lalu," katanya.

Tutup pekung cauvinis

l Kemenangan Zairil Khir Johari dengan alasan kesilapan kiraan undi dalam pemilihan CEC DAP yang didakwa untuk menjaga hati orang Melayu terhadap parti itu gagal selepas ramai mempersoal status keturunan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu.

Persoalan itu timbul kerana jika dilihat daripada paras rupa, Zairil langsung tidak menampakkan ciri-ciri orang Melayu.

Sehubungan itu, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencabar Zairil mengadakan sidang akhbar berhubung keturunannya bagi mengelak kekeliruan orang ramai tentang status serta nama sebenarnya.

l Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh mendabik dada dengan menjadikannya contoh untuk menafikan fakta parti itu bersifat cauvinis Cina.

Sebaliknya, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham meminta Karpal melihat di sekelilingnya bagaimana kaum lain disingkirkan daripada kepimpinan parti itu satu persatu.

David Dass berkata, Karpal sendiri tidak boleh berasa terlalu selamat kerana beliau sendiri mungkin disingkirkan tanpa belas kasihan pada suatu hari nanti selepas tidak lagi diperlukan.

Guan Eng angkuh

l Guan Eng digesa bertanggungjawab dan menjelaskan kepada semua ahli DAP mengapa selepas 40 hari beliau masih belum menyerahkan keputusan pemilihan CEC kepada ROS untuk pengesahan.

David Dass berkata, perkara itu menunjukkan sikap angkuh dan sombong Guan Eng yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.

l Keangkuhan pucuk pimpinan DAP semakin terserlah selepas mengetepikan desakan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parti yang meminta pemilihan semula CEC dijalankan.

Bekas Naib Presidennya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu tidak peduli tentang tindakan ramai ahli-ahlinya mempertikai kesahihan lantikan anggota-anggota CEC selepas berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Walau bagaimanapun, jelasnya, DAP berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun proses pemilihan CEC parti pada Disember lalu dicemari kesilapan.



Sumber ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.