Saturday, April 20, 2013

Sanggup bawa 'pelakon' tetapi enggan sumpah



 





PULAU PINANG 18 April - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menampilkan seorang lelaki menyerupai beliau yang dikatakan 'pelakon' sebenar dalam rakaman video seks yang tersebar sebelum ini menimbulkan tanda tanya.


Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, beliau hairan kenapa Anwar sanggup membawa 'pelakon' dari Thailand dan tidak mahu bersumpah laknat jika benar tidak bersalah.


Selain itu, Aminah turut mempersoalkan kenapa Anwar mengambil masa begitu lama untuk membawa 'pelakon' berkenaan dan melakukannya ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dekat.


"Jika dia (Anwar) merasakan dirinya tidak melakukan perkara sumbang itu, kenapa tidak melakukan sumpah laknat? Kenapa perlu bawa 'pelakon' tersebut ke sini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Malam esok, Anwar dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang menyerupai wajahnya di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Permatang Pauh.


Ketua Pembangkang itu cuba membuktikan bahawa lelaki berkenaan merupakan individu sebenar dalam rakaman video seks yang tersebar sebelum ini.


Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan diri beliau dipercayai dengan seorang pelacur dari China dibuat 'Trio Datuk T' pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.


Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara.


Aminah menambah, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan perancangan Anwar itu.












No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.