Saturday, April 20, 2013

Isteri Berkhalwat dengan Warga Myanmar






AMPANG - Akibat rumah tangga sedang retak, seorang isteri sanggup memenuhi keinginan nafsunya bersama lelaki lain.

Tindakan jijik mereka itu tidak bertahan lama apabila dihidu pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Pegawai masjid itu, Ahmad Nawi Osman berkata, dalam serbuan jam 3 pagi semalam, mereka dapati wanita berkenaan, berpakaian baju tidur, bersekedudukan dengan lelaki terbabit dalam rumah di Taman Kencana, dekat sini.

“Ketika kehadiran penguat kuasa, lelaki berkenaan yang hanya berseluar panjang, cuba meloloskan diri melalui pintu belakang, tetapi ditangkap sewaktu memanjat pagar di rumah teres itu,” katanya.

“Wanita itu warga Indonesia dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya warga Myanmar bukan Islam dan bujang. Mereka bekerja kilang,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.