Monday, April 15, 2013

PRU-13 : Wakil rakyat tidak tercalon jangan khianati PM, BN










ZALEHA ISMAIL







Semua wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dinasihati tidak mengkhianati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta parti kerana perbuatan itu merugikan diri sendiri.


Veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, mereka yang tidak terpilih juga diminta mengetepikan perasaan sakit hati demi perjuangan parti yang banyak memberi jasa kepada bangsa, agama dan negara.


“Jika mereka (wakil rakyat yang tidak terpilih) masih sayangkan BN dan PM, mereka perlu menolong parti dan memenangkan parti. Tolak ke tepi rasa sakit hati jika tidak terpilih kerana matlamat PRU-13 adalah untuk mendapat semula mandat memerintah dan meneruskan kesinambungan pembangunan rakyat dan negara,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.


Zaleha yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO diminta mengulas mengenai senarai calon-calon UMNO yang akan diumumkan di setiap peringkat negeri, esok manakala calon-calon parti-parti komponen pada hari ini.


Perdana Menteri ketika menyampaikan tauliah pelantikan hari ini berkata, 33 peratus daripada calon BN bagi kerusi Parlimen adalah muka baharu manakala 49 peratus lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan banyak muka-muka lama bakal digugurkan.


Ditanya mengenai penyertaan calon-calon wanita pada PRU-13, Zaleha menambah, sekiranya calon boleh menang tidak mencapai 30 peratus dalam senarai keseluruhan calon, Wanita BN tetap menyokong usaha dan perjuangan parti.


“Kami akan turun padang sama-sama membantu mana-mana calon yang terpilih untuk memenangi PRU-13,’’ ujarnya.





© Utusan Melaysia.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.