Google+ Followers

Monday, April 15, 2013

Hari Kiamat Berlaku Pada Hari Jumaat



Hari kiamat, atau lebih tegasnya tiupan sangkakala untuk membangkitkan jasad jasad yang telah terkubur terjadi pada hari Jumaat. Hadis yang diriwayatkan akan hal ini antara lain ialah:

Imam Malik bin Anas meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

Allah swt berfirman yang bermaksud :

"Sebaik baik hari yang disinari matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia diturunkan, pada hari itu dia diterima taubatnya, pada hari itu dia meninggal dan pada hari itu pula terjadinya Kiamat. Dan tidak seekorpun binatang melata di bumi melainkan terlelap pada hari Jumaat, sejak mulanya waktu Subuh sehingga terbit matahari, kerana takut kepada hari kiamat, selain manusia dan jin. Dan pada hari jumaat itu ada suatu saat, dimana tidak seorangpun hamba Allah swt yang muslim, yang kebetulan melakukan solat dan meminta sesuatu kepada Allah swt saat itu, melainkan Allah swt pasti memberinya."