Google+ Followers

Thursday, April 25, 2013

Panas !!! Pembangkang mengunakan unit ala comando mengebom semua balik gerakan BN


SUNGAI BESAR Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.

Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.
Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.