Thursday, April 25, 2013

Juanda Mufti Perlis Akui Umno Konsisten Perjuang Islam




















Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.Tegas beliau lagi, PAS walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.


Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin PAS, telah mengangkat martabat Islam.

"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.

"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Terdahulu, Juanda membidas tindakan PKR Perlis kerana mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar.

"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada Antarpos.

Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.

Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.