Wednesday, April 10, 2013

Pas Ketandusan Calon, Pemimpin Tertinggi Terpaksa Bertanding Diserata Tempat


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat. -SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.