Ketua AMK Balik Pulau, Mohd Faizal Ab Rahman mahu Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden, Azmin Ali kerana mengkritik kepimpinan parti.
Dalam surat dikirim kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bertarikh 11 Mei, Faizal memohon tindakan disiplin ke atas Azmin kerana telah menuduh Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengamalkan dasar nepotisme.
Menurutnya, tuduhan Azmin telah mendapat liputan meluas media dan membuka peluang kepada pihak-pihak yang mahu meranapkan parti.
“Sebagai pemimpin parti, mengkritik secara terbuka adalah tindakan yang melanggar perlembagaan parti. Kritikan ini juga telah memburukkan nama parti selain menimbulkan polemik negatif dari sudut hubungan dalaman parti.
“Sebagai orang nombor dua, Azmin seharusnya lebih peka dalam perihal menjaga nama baik parti dan sepatutnya menjadi contoh kepada ahli lain dalam menyelesaikan isu berbangkit melalui perbincangan,” katanya.
Katanya lagi, tindakan Azmin yang menggunakan pejabat parti untuk mengadakan sidang media mengkritik Presiden juga adalah keterlaluan.
“PKR yang menjadi sandaran kepada rakyat berbilang kaum harus menunjukkan sikap bersatu dan setia sebelum menyatukan rakyat.
“Apa yang dilakukan Azmin adalah sangat kontradiksi dengan amalan yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap Azmin walaupun telah membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.
Menurut Saifuddin, pihaknya menganggap isu itu selesai setelah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah semalam.
"Ini cuma hal dalaman PKR, tidak babitkan keperluan untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden kerana organisasi terbabit hanya membincangkan isu-isu polisi asas sahaja," katanya.

Sumber....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.