Ada yang dah rasa penat dan letih. Diwaktu blogger bersengkang mata mempertahankan kubu BN yang diserang pada Pru yang baru lalu, kebanyakan pemimpin parti umno pelbagai peringkat begitu sibuk mengugut PM dan melobi untuk menjadi calon wakil rakyat. Diberitakan ada yang sampai berjumpa dengan DS Rosmah sehinggakan terpalit nama buruk kepada DS Najib sehinggakan blogger pro pr menjadikan ia sebagai isu dimana tuduhan dilemparkan mengatakan DS Najib takut bini.
Sebaik sahaja BN berjaya mengekalkan kemenangan dan mendirikan kerajaan sekali lagi terdapat unsur unsur lobi dan ugutan dimana wakil rakyat yang menang diperingkat DUN mahu pula dilantik sebagai exco. Manakala diperingkat parlimen pula angan angan tinggi sudah dipasang untuk menjadi Pak menteri.
Inilah sikap dan kualiti yang tak habis habis dan maaih terdapat dalam BN. Tak cukup dengan itu, kini kepanasan kempen bagi merebut jawatan didalam parti umno sudah mula terasa. Bagi wakil rakyat yang kalah atau yang tak tersenarai dalam pru pastinya peluang kedua untuk duduk sebaris dengan pimpinan tinggi bagi memastikan perut tetap kenyang dan buncit pastinya mahu bertanding merebut jawatan tertinggi parti.
Jawatan sebagai ketua bahagian, wanita, pemuda dan putri bahagian dilihat mampu mengintai peluang dan ruang bagi menjana ekonomi. Nampaknya sokongan dan perjuangan ahli dan blogger yang tak berbayar selama hari ini adalah sia sia kerana pimpinan umno di setiap peringkat masih tidak berubah perangai dan kerakusan nafsu mereka masih tidak berkurangan walaupun umno masih lemah.
Kekayaan dan kemewahan pemimpin umno akan terserlah semasa pemilihan umno di setiap peringkat nanti. Semasa pilihanraya kita selalu dengar mengenai masalah wang tidak sampai ke bawah atau upah macai macai seperti kerja pasang bendera yang tidak dibayar. Malah wang sumbangan untuk pengundi luar juga dicatu. Sehinggakan catuan itu membuatkan ramai yang marah pada umno dan beralih arah semasa mengundi. Tapi yang menghairankan apabila tiba musim pemilihan umno, kewangan dilihat sebagai bukan satu masalah. Wang dilihat berterbangan didalam bahagian bahagian umno. Ketua ketua cawangan pula ada yang sampai mampu untuk bercuti ke luar negeri apabila tiba musim pemilihan agung umno.
Ketua ketua bahagian yang tidak berkualiti dan hampas juga masih mahu mengekalkan jawatan walaupun umum mengetahui bahawa salah satu punca kejatuhan umno adalah berpunca daripada mereka juga kerana langsung tidak mengendahkan kebajikan ahli ahli.
Membeli undi didalam umno adalah satu perkara wajib. Malah peringkat tertinggi sekalipun mengamalkan belian undi. Ahli umno sudah teruja dan menganggap wang adalah kriteria penting bagi mana mana calon yang berminat untuk bertanding.
Tapi yang pastinya kali ini keadaan akan menjadi berbeza kerana blogger blogger pro umno yang ikhlas berjuang, takkan membiarkan sahaja perakus perakus dan penyamun penyamun ini bermaharajalela membeli jawatan.
Nantikan pendedahan demi pendedahan ini di musim pemilihan umno nanti...
Sumber..budakbenteng blogsport.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.