Anwar Ibrahim kini melanyak SPR kerana kekalahannya dalam PRU yang lalu. Benarkah SPR yang salah atau Anwar sendiri menjadi punca partinya tewas. Jom tengok bukti ini.
Anwar salah pilih calon
Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim dan Hulu Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon
PETALING JAYA: Sekumpulan anggota PKR mendakwa ketidakcekapaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas.
Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.
“Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya.
“Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya.
Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen.
Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen Pasir Salak dan dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak).
‘Tewas majoriti besar’
“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.”
“Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ehsan Anwar atau Wan Azizah.”
“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas di parlimen Hulu Selangor,” katanya.
Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.
Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.
Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.
Sepatutnya DUN bukan parlimen
Dr Muhd Nor yang merupakan pengerusi PKR Negeri Perak adalah ketua cabang PKR Larut sepatutnya bertanding di peringkat DUN bukannya di kerusi parlimen bagi menguatkan dan menyokong calon-calon negeri yang bertanding.
Tetapi, disebabkan keghairahan untuk ke Putrajaya, maka Dr Muhd Nor menjadi mangsa , tewas dalam percaturan Anwar.
Meletakkan Ibrahim Yaakob di kerusi Setiawangsa bagi kali kedua juga percaturan yang disilap oleh Anwar.
Ibrahim yang dianggap sebagai ‘chief of staff ‘ di kalangan ‘inner circle’ parti merupakan orang kanan Anwar dalam menetapkan jadual temujanji dan ceramah dan bertugas sepenuh masa di pejabat Anwar.
Beliau tidak diihat sebagai nama besar parti di Setiawangsa yang merupakan kawasan masyarakat kelas pertengahan di tengah -tengah kotaraya Kuala Lumpur.
Anwar juga harus disalahkan apabila meletakkan Datin Paduka Tan Yee Kew (dianggap seorang berstatus nenek) bertanding di kerusi parlimen Tanjong Malim, Perak.
Berkempen seorang diri
Tan datang ke Tanjong Malim sehari sebelum hari penamaan calon mengakibatkan beliau berkempen berseorangan semasa dua minggu tempoh berkempen.
Masyarakat Cina setempat mengadakan demonstrasi apabila pimpinan pusat mengenepikan calon pemudi AMK Chua Yee Ling yang telah bekerja di sana lebih tiga tahun sebelum ini.
Chua kemudiannya dipindahkan ke DUN Kuala Sepetang (dalam parlimen Bukit Gantang) dan telah menang.
Dalam satu kes lain pula, Anwar juga telah memberikan satu kerusi DUN secara mudah kepada seorang calon di DUN Paya Rumput , Melaka bukan atas rekod kerja calon tersebut, sebaliknya kerana calon tersebut ‘Cikgu Taha’ sering membacakan doa setiap kali diadakan majlis tahlil malam Jumaat di kediaman Anwar di Segambut.
“Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti di Melaka.”
“Kami (ahli PKR) menyokong penuh Anwar dalam isu menolak dan membantah keputusan PRU yang diumumkan atas alasan berlakunya pelbagai penipuan semasa PRU ini.
“Tetapi, dalam masa yang sama Anwar juga harus muhasabah diri apabila beliau menafikan ‘hak’ pemimpin setempat yang telah bekerja keras beberapa tahun di sesebuah kawasan tetapi di saat-saat akhir tempat tersebut diberikan secara percuma kepada calon-calon yang rapat dengan beliau.
*Sebelum PRU, MyMassa keluarkan video ini untuk tunjukkan amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR. MyMassa harap artikel ini disebar luaskan bagi menyedarkan penyokong totok pembangkang bahawa yang salah adalah Anwar, bukan SPR. Terimalah kekalahan ini kerana Anwar lebih mementingkan kroninya dari rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.