Saturday, May 4, 2013

Nurul Izzah Cari Simpati Degan Salahkan Pensyarahnya??



Perihal video yang dikaitkan dengan Nurul Izzah telah membuktikan satu perkara iaitu nilai moral sudah tidak menjadi kriteria utama dalam memilih pemimpin.


Dengan kata lain rakyat boleh memilih sesiapa sahaja hatta mereka yang tidak beragama atau munafik sekalipun asalkan pemimpin tersebut PAKATAN RAKYAT.


Pengakuan Wan Azizah bahawa gadis bertudung yang melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai pensyarah adalah anak sulungnya iaitu Nurul Izzah, bukanlah sesuatu yang mengejutkan pun.


Bagi yang tahu siapa Nurul Izzah pada zaman remajanya, mereka sekadar tersenyum simpul sahajalah. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah bersama-samanya.


Mungkin ada yang melihat pengakuan Wan Azizah sebagai sesuatu yang mengaibkan tetapi pada zaman di mana taboo bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya menjadi modal untuk meraih simpati yang bukan sedikit.


Itulah yang sedang cuba dibina oleh Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.


Taktik itu sebelum ini berjaya apabila video-video lucah Anwar Ibrahim menjadi bahan jenaka di kalangan para penyokongnya dan dia sendiri. Sedikit pun tidak ada perasaan malu kepada Anwar. Bahkan dia mempersendakan daya kebijaksanaan manusia yang bergelar rakyat Malaysia dengan cerita kononnya video-video tersebut menggunakan teknik pertindihan.


Penukaran taktik mengalihkan sentimen yang sedang dilakukan oleh Wan Azizah pastinya sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada Pakatan Rakyat meskipun yang berkelakuan lucah adalah Nurul Izzah Anwar Ibrahim!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.